.

.

Saturday, December 20, 2014

Lost 2kg in 1 week

Perghhhh entry memang tak bleh blah kan! Macam entry iklan product kuruskan badan.

Cik Masz sebenarnya baru realize diri Cik Masz ni senang naik berat badan dan senang juga turun berat badan ni.

Last a few month Cik Masz kene demam virus apa ntah (almost demam denggi tapi bukan demam denggi) , terus berat badan turun mendadak 3kg dalam masa 4 hari. Best kan result dia? Tapi akibatnya Cik masz terlepek jer atas katil dan sofa kat rumah selama 4 hari tu. Makan? memang out of selera la. Bagi la lobster sekor pun, pandang pun idak. Masa tu paling boleh telan pun air manis2 buah jer (itu pun paksa diri sebab kene makan ubat), yang lain memang tak pandang lansung. Nasi? Sebulan selepas kejadian baru berselera nak makan. Lepas baik dari demam tu best la semua dok puji kurus. Tapi dorang tak tahu yg badan merana sakit.

Sekarang keadaan berulang kembali, Cik Masz kene pulak infection kat tekak ni. Adoiiii lagi la tak lalu nak makan sebab sakit sangat nak telan. Solid food, hot food perlu dielakkan buat sementara waktu. Memang tak makan la jawabnya. Now dah 2 kg turun dalam masa 5 hari. Selera makan memang hilang. Apa yg Cik masz makan tuk survive iailah air manis + sejuk jer skrg.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi ujianMU. Setiap yang berlaku ada hikmahnya!






No comments: