.

.

Thursday, December 11, 2014

Muzium Tentera, Port Dickson

Pepagi macam ni breakfast nasi lemak n coffee memang best kan!

Morning all.

Entry kali ni nak share destinasi nak dating or bawa anak2 jalan or nak outing ngan kengkawan. Tempat ni tak perlu nak kuarkan duit sangat la kecuali cost ke sana jer. Buat mereka yang tinggal kat KL, N9, Melaka boleh jer pg balik hari.

Destinasinya ialah Muzium Tentera, Port Dickson. Those yg ada anak2 n fikir mana nak pg tu Cik Masz cadangkan datang la ke sini. Walaupun nama macam boring jer kan nak kunjungi tapi kalau dah datang pasti macam2 pengetahuan kita dapat. Cik Masz memg suka melawat muzium ni sebab kat muzium kita bole kenal orang lama/ org sebelum zaman kita.

Sejarah kehidupan kita, asal usul kita semua kita bole kenal di Muzium. So bole juga kita muhasabah diri tuk sedarkan diri kita dari mana kita datang.

Wah bebel panjang cikgu sejarah ni! Hehehhe. Ok masuk muzium Tentera ni takder bayaran. So uolls masuk jer melawat. Kat sana ada banyak section juga la. Outdoor n indoor. Bole juga kenal jenis2 senapang, pistol n senjata yg tentera guna utk berperang melindungi nagara kita. Uolls juga bole tgk kenderaan tentera yg gah dan besar gabak.

Bukan tu jer, uolls bole feel like tentera yg sedang berperang Dan bersembunyi bila melalui terowong bawah tanah. Memang best. Bole juga lihat bagaimana perkhemahan tentera. Dari situ kita tau macamana tentera kita makan, minum, tido dalam hutan. Best kan!

Cik Masz banyak bergambar kat sana. Sebab suka sangat. Hehehe. Ini sebahagian Pict yg boleh cik Masz share la.











Ini keadaan dalam terowong bawah tanah tu





Sebelum balik Cik Masz jejalan kat tepi pantai Port Dickson


No comments: