.

.

Sunday, December 21, 2014

Orange Butter Cake

Bila cuti ni, takder menda kan nak buat! Selain makan tido and tengok TV, maka Cik Masz pun slalu la baking.

Kali ni Cik Masz buat orange butter cake. Sedap kalau makan di waktu petang sambil tengok anak2 main buaian di halaman rumah. Wahhhh gitewwww!

Resepinya Cik Masz tgk google and buatlah sedikit penambah tolak jadi resepi Cik Masz. Hehehehhehe.

Ok ini resepi Cik Masz


Orange Butter Cake

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan butter - cairkan 
2 cawan gula halus (Cik Masz guna 1 cawan jer)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren ( Cik Masz letak orange sanquick jer 1 sudu makan )

Cara-cara:


Buah limau dicuci dulu pastu potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya dan potong kecil

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama butter yang dicairkan, dan gula. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan telur kemudian mixer kan bahan tersebut selama seminit. Kemudian masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sampai sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang ikut kesukaan dan masukkan ke dalam oven pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. 



Setelah dipotong..
Baru keluar oven. Cik Masz guna loyang timah ni sebab senang nak hantar ke rumah inlaw skit.







No comments: