.

.

Monday, December 15, 2014

Paintball at Tanamera Park, Sungai Buloh

Monday all...

Di minggu baru, rasa kejap jer dah pertengahan December. Ala, tinggal beberapa hari jer lagi cuti sekolah. 

Kerja sekolah masih ada yg belum siap ni. Hrmmm. Takper Cik Masz ni slalu berpegang kepada work smart. So tak perlu risau, buat bila dah sedia jer. Hehehehe

Entry kali ni nak share tempat riadah tuk bff kat luar sana yg boring lepak kedai mamak, bosan ke shopping complex. Nak cerita pasal aktiviti beriadah yg best iaitu Paintball.

Korang pernah main paintball tak? Cik Masz pernah juga main paintball ni. Baru2 ni Cik Masz temankan sang suami main paintball kat Tanamera, Sungai Buloh, Selangor.

Lokasinya 8 km dari The Store Sungai Buloh. Kalau uolls dari Bandar Sri Damansara nak ke sungai Buloh, uolls akan jumpa the store kat tengah2 antara nak ke Tasik Biru (ke kiri/ naik flyover) nak ke Paya Jaras (ke kanan). Nak ke Tanamera uolls mesti ke kanan iaitu ke arah Paya Jaras. Kemudian terus jer. Nak lebih senang uolls bole waze jer. 

Sampai kat sana Cik Masz la org yg paling teruja. Rupanya kat Tanamera ni mcm2 ada. Bole horses riding, bole main paintball n banyak lagi la. Yg Cik Masz tau bole horse riding and paintball. Cantik and tenang jer tempatnya sebab hutan menghijau kan.

Paintball park pun banyak. Masuk hutan la, kelapa sawit la, n kalau tak salah ada beberapa park juga la tuk paintball ni. Seronok. Paling seronok package paintball hanya RM100 per person, dpt equipment, bullet (1pack) makan & minum. Tempatnya juga ada tempat mandi n bersihkan diri. Senang la kalau nak tukar baju or mandi after bergelumang dalam hutan Dan badan penuh color (kene bullet). Best la bagi Cik Masz.

Those yg cari tempat best nak main paintball, bole try Google Tanamera paintball ni and buat reservation. Pasti best!








Cik Masz pun nak selfie. Kat blakang ni adalah kandang kuda.

No comments: