.

.

Wednesday, December 10, 2014

Seronoknya Abu Dhabi

Morning kesayangan,

Dah lama tak bercerita mengenai cita2 & impian kan, kan! Hmmmm. Bukan takder impian dan harapan tapi masa nak bercerita takder.

Kali ni Cik Mas nak cerita impian yg tak menjadi ni. Dulu tahun 2011 memg harapan menggunung nak kunjungi tanah Arab iaitu Dubai & Abu Dhabi, tetapi duit simpanan n tabungan ke sana telah digunakan tuk beli aset.

Bajet aset terpaksa ditambah ekoran harga makin melambung. Bila dah beli, haruslah duit banyak lagi nak guna tuk aset tersebut sebab mesti mcm2 nak buat kan! So segala tabungan melancong n bercuti semua dicurahkan ke aset.

Takper, Cik Masz tak kecewa pun sebenarnya walaupun kami laki bini tetpaksa lupakan honeymoon mewah itu. Bak kata laki cik Masz, aset lagi mewah dr bercuti. Hahahhahah

Last August kawan baik cik Masz terbang ke sana ikut lakinya yg kene transfer keje ke sana. Riang gembira rasa hati sebab nanti bole melawatnya kat sana kan. Wahhhh tak sabarnya hati bila dipelawa oleh kawan cik Masz ni. Bff plak Tu, lagi senang deal.

Maka, cik Masz n sang suami kene menabung n berjimat cermat tuk ke sana coz tabungan dulu dah kosong. Hahahaha.

Ini ada la gambar bff cik Masz share view kat sana. Seronoknya sesekali dok tempat orangkan. Kalau la cik Masz bole minta transfer ke sana, pasti nak juga. Heheheh




View belakang rumah katanya
View kat balkony atas. Wahh teruja Cik Masz tau.

Ini kawan Cik Masz. Laki bini kawan den. Kat sini tak berkesempatan nak gambor ngan Tun Mahathir, Kat sana rezeki dorang dapat bergambar.

No comments: