.

.

Monday, December 29, 2014

Sesi persekolahan bermula 11 & 12 Januari 2015

Assalamualaikum,

Hari ni Cik Masz dah start ke sekolah. Sekolah dah mula buat mesyuarat pertama dan time ni la nak tau apa tugas Cik Masz utk sesi persekolahan.

Kalau nak senaraikan memang banyak. Latest task yg kene buat on this Wednesday. Cik Masz kene jadi emcee tuk Majlis Orientasi Tingkatan 1. Huwaaaa seumur hidup tak perbah jadi emcee majlis besar. Pestime ni. Moga semuanya berjalan lancar, InshaAllah.

Masa leka dlm meeting tetiba terdengar what'sapp masuk bertalu2. Bila pandang cikgu2 lain pun sibuk tgj phone. Rupanya berita sekolah dilanjutkan cuti sampai 12 Jan 2015. Masa mesyuarat tadi puan pengetua tak nak bagi confirmation lagi sebab katanya tak dapat hitam putih.

Now, puan pengetua & penolong kanan petang dah telegram kat semua cikgu Sek Cik Masz bgtau sesi persekolahan 2015 akan bermula 12 Jan 2015 tuk negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Perlis, Melaka & n9. Negeri lain start 11 Jan 2015. Memg confirm cuti dilanjutkan seminggu ekoran banjir yang melanda Negara.

Parent yang nak lebih detail n pastikan ia betul bole call sekolah atau check web Kementerian Pelajaran Malaysia.



Sekrang ni, hanya terfikir mcmana la mangsa banjir ni nak ke sekolah. Baju, bag, kasut, buku dan keperluan ke sekolah dorg masih ada ker? Masih elok ker? Sekolah Yg tenggelam Tu, bersediakah mereka nak buka tuk sesi persekolahan nanti. Ya Allah.

Tak dapat dibayangkan.

Hanya mampu berdoa agar bumi kita dipulihkan segera dan musibah yg berlaku ni mengajar kita sesuatu. Redha Dan sabarlah wahai kawan, InshaAllah pasti hikmahnya besar. Bersangka baik dengan Allah, InshaAllah ganjarannya besar. Cik Masz hanya mampu berdoa dan hulurkan bantuan yg semampunya.

Ya Allah, berilah kami kebaikkan di dunia dan kebajikan di akhirat. Peliharalah Kami dari api neraka. Aminnnn




No comments: