.

.

Friday, December 19, 2014

Ulangtahun Perkahwinan yg ke 6.

Jumaat yang barakah ni, ramai yang pilih untuk melansungkan pernikahan kan.

Teringat lagi kenangan 6 tahun lepas. 19 Disember 2008, time2 cenggini, mak cik Masz dah bising dah, mana la mak andam ni, camner baju nikah ni,ermm... semua la dibebel oleh mak cik Masz ni. Maklumlah pes time anak nak kawen, maka kelam kelibut la skit kan. Hahahaha..

Hari ini genaplah 6 tahun Cik Masz & Sang suami hidup bersama sebagai suami isteri. 6 tahun tu tak tau nak ckp lama ke kejap sebab sepanjang perkahwinan ni, kami hidup dlm tawa dan tangis bersama. Susah senang hanya kami jer yg tau.

Alhamdulillah, masih hidup bersama dan bahgia walaupun kami tak kaya raya. Cik Masz happy dengan marriage life Cik Masz sekarang. SYUKUR sangat sebenarnya, walaupun masih belum dikurniakan zuriat. Cik Masz yakin semua tu rezeki Allah.

Cik Masz hanya inginkan kehidupan yg bahagia, hubungan baik dengan pasangan & keluarga, dan sentiasa bersyukur atas nikmatnya.

Alhamdulillah...









No comments: