.

.

Thursday, January 2, 2014

Tahun Baharu Azam Lama

Selamat tahun baharu semua. Welcome 2014!

Pasti semua dengan semangat baharu dan azam pun baharu kan! Tapi aku masih kekalkan azam lama iaitu azam tahun 2013. Haaaa apa azam 2013 tu, jom aku nak refresh balik minda dan semangat aku;

Career
1. Tak nak lambat ke tempat kerja - Alhamdulillah good record for 2013 (cont for 2014)
2. Siapkan kerja mengikut arahan dan dateline - 2013 ada juga terkucil
3. Menyiapkan kerja dengan kualiti - 2013, well done
4. Jangan tangguh kerja - 2013 not so bad and not so good
5. Guna kaedah Nabi dalam mengajar - 2013, guna bila ingat
6. Sayangi anak murid seperti anak sendiri - 2013, Alhamdulillah they love me too
7. Sentiasa berfikiran positif

Wife
1. Nak jadi isteri yang taat pada suami - setiap tahun sejak jadi isteri orang
2. Nak buat breakfast setiap hari untuk suami - 2013, hanya hari cuti jer
3. Nak solat 5 waktu berimamkan sang suami - 2013, Maghrib and Isya jer
4. Nak jadi isteri paling cantik, & paling slim utk sang suami - rekod bagus sepanjang kahwin, kecuali SLIM

Muslimah
1. Solat penuh 5 waktu
2. Pakaian menutup aurat dan mengikut syariah
3. Nak khatam Al-Quran setiap tahun
4. Perbanyakkan solat sunat
5. Perbanyakkan sedekah
6. Perbanyakkan pahala

Bermulanya 2014, aku dah reset minda dan reset hati untuk menjadi yang lebih baik. Aku teruskan azam lama di mana ia memang sesuai untuk setiap tahun. Moga dengan semangat baru dan azam lama ini boleh menjadikan aku insan yang cemerlang dunia dan akhirat! Amin.