.

.

Saturday, March 22, 2014

Syurga Dunia

Yeahhaaaa...dah start cuti sekolah!

Cik Masz antara orang yang paling happy bila cuti sekolah bermula. Seronok rasa nak lepak rumah dikala orang lain bekerja. Nikmat tu, hanya Allah jer tau betapa bestnya syurga duniaku.

My fav place for cooking 

Lepak session
Paling nikmat tuk bangun lambat

Cuti sekolah ni Cik Masz takder plan bercuti ke mana2 pun, cuma nak balik kampung melawat mak, abah, adik, tok dan saudara mara kat kampung. Ya Allah rindunya Cik Masz kat dorang. Dorang juga syurga bagi Cik Masz tau.

Buat anak2 Cik Masz, harap dorang buat homework and behave masa kat cuti sekolah ni. Hope dorang jangan over sangat seronok sebab benda yang over ni kekadang end up dengan benda2 yg tak elok... Hishh minta di jauhkan.


Monday, March 17, 2014

Semua dok tanya!

Ramai yang what'sapp and tanya mana Cik Masz tempah baju ni?

Baju ni Cik Masz tahun lepas lagi. Cik Masz beli kat Butik Minaz. Kat mana butik Minaz tu? 
Butik Minaz ni terletak di Bangi or uolls kalau nak tau pi terus ke Website Minaz atau clik kat sini

Baju2 from Minaz Butik ni memang awesome. Cantik sangat and harga pun takder la mahal sangat and affordable dengan design baju yang awesome ni. 

Cepat2 ke Butik Minaz or tgk website dia. Memang cantik and rambang mata uolls. Cik Masz memang rambang mata kat sini and kalau bole nak beli semua design kurungnya!

http://www.minaz.com.my 






Sunday, March 16, 2014

She's Princess

Assalamualaikum,

Dunia sekarang, penuh pancaroba! Setelah kita dikejutkan dengan kehilangan MH370, negara kita dilanda pula dengan cuaca yang panas dan berjerebu. Belum habis lagi keadaan ini ditangani, kini timbul pula kes overdose dadah oleh ramaja kini. Ya Allah, dugaan dan ujian untuk kita rakyat Malaysia.

Bila difikirkan semula Cik Masz rasa, tiba masanya kita bersatu, berusaha, berdoa dan bertawakal kepada NYA yang Maha Besar, lagi Maha Mengetahui. Ingatlah apa yang terjadi memang telah ditentukan, tapi kita kene muhasabah diri dengan apa yang kita telah lakukan.

Moga keadaan yang tidak diingini ini dapat kita tangani dengan baik. InshaAllah dengan izinNya.

Ok, sekarang Cik Masz nak cerita pasal wedding yang Cik Masz attended last saturday nite. Majlis Resepsi Tengku Mardhiah Fatin (kawan Cik Masz) dan Mohd Hazmil berlansung di Dewan Shah Alam 2, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor pada 15 Mac 2014.

Cik Masz sampai lebih kurang 7.50pm dan terus ke kaunter pendaftaran. Then Cik Masz dan suami dapat table 55. Table we all kat tengah2 la mcm tu. So tak belakang sangat and tak depan sangat (Depan tuk VVIP kot..heheheh). Our table location just nice nak tgk perarakkan pengantin and pelamin dihadapan. Thanks pengantin bagi table best.

Decoration hall, memang awesome. Bertemakan Inggeris Lace, homagadddd, cantik sangat deceration pelamin and hall. Sangat kene pada tema. Then table pun sweet sangat dengan doorgift yang perfect. Oh Cik Masz suka sangat.

Lebih kurang 8.40pm pengantin pun berarak masuk ke dewan. Ini lagi la awesome sebab pengantin sangat la cantik. Serius cantik sangat kawan CIk Masz ni. Rasa macam artis kawen gituewwww! Ahaks. She's like babydoll kot. Tapi hakikatnya dia memang cantik pun. Kemudian, upacara diteruskan dengan sesi merestui pengantin oleh ibubapa pengantin. Makan beradap merupakan acara yang Cik Masz paling tak sabar nak tunggu sebab bila mula makan beradap, maka tetamu juga akan mula menjamu selera. Wahhhhh, Cik Masz ni kalau makan memang no. 1. Haahahahha

Ok, menu yang sangat best dan menambah selera CIk Masz yang tengan on on diet la konon. Bila masa CIk Masz tak diet tapi cuma tak kurus jer lagi. Hahhahahah. After makan, sesi potong kek. Ini paling sweet bila atas stage penuh dengan comelness kids menari2. OMG sweettttttt and pengantin potong kek dengan penuh romantik. Masa tu Cik Masz rasa nak buat majlis resepsi lagiiiiiii! Haaaa ambik ko. Desert yang di served tuk guest pun sedap iaitu tapai aiskrim. Penah makan ke uolls? Haaa sampai licin Cik Masz makan.

Cik Masz ucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah Dhea sayang. After a long time tak jumpa finally we met at your wedding. Seriously u r really beautiful on ur day. Kat majlis ni juga Cik Masz jumpa Ani, Dhea bff yang pernah dikenalkan pada Cik Masz dulu. Cik Masz juga jumpa Zaireen atau Makeupbyerinlala kat sana coz they are Dhea's BFF. Moh kita layan gambar2 sekitar majlis.


We choose Purple Blue 

Tahniah
The doorgift

Suka check benda ni =)

Table Set up

Perarakan Masuk Pengantin


Di Pelaminan
Makanan Beradap

Bersama Pengantin
Tahniah Dhea, u sangat cantik!

Bersama Dhea Bff Zairen a.k.a Makeupbyerinlala
Dia la yang make up my Dhea

With Ani, congrats mom to be!

Semoga Dhea and Hazmil kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.


Monday, March 10, 2014

Membelah Awan

Assalamualaikum,

Entry kali ini, Cik Masz nak buat sajak tentang perasaan dan apa yang Cik Masz rasa pasal MH370. Cik Masz sangat sedih dengan berita ini dan Cik Masz hanya mampu berdoa agar MH370 pulang dengan selamat.



Pulanglah Sayang


Hati riang gembira ingin terbang tinggi,
Ingin sekali mencari udara baru,
Kelaurga, sanak saudara dan rakan taulan menjadi pengiring
Untuk tiba di pintu pengimbas,

Lambaian syahdu diberikan,
Dengan harapan akan bawa pulang cenderahati nanti,
Hati tidak keruan dan terharu,
Kepingin jejak negeri orang,

Cantiknya perempuan berbaju kebaya,
Tampan sungguh lelaki bersut kelabu,
Merekah dibibir senyuman sambutan,
Masuk ke perut besi gagah perkasa,

Empuknya kerusi menggamit lena,
Harum nasi goreng dan satay mula menusuk hidung,
Pembuka selera di tengah malam,
Perut berbunyi terasa tak sabar,

Kenyang perut suka hati,
Tiba masanya untuk beradu,
Mengharap bila saat mata dibuka,
Sudah selamat tiba di destinasi,

Satu dunia terasa tergempar,
Besi yang besar dan penuh muatan,
Hilang tanpa dikesan,
Dimanakah dikau,

Bumi Tuhan itu luas,
Tidak terjangkau oleh manusia
Segala jentera dan tentera telah dikerah
Mencari jejak dan nyawa,

Yang mampu hanya berdoa,
Solat hajat dan doa mohon dimakbulkan
Kembalikan MH370 dengan selamat,

Air mata tak terkira butirnya,
Harapan masih menggunung tinggi,
Kepercayaan tidak berbelah bahagi,
MH370 masih selamat,

Pulanglah wahai sayangku,
Ibu, ayah, kakak, adik sangat rindukan mu,
Sanak saudara, rakan taulan tak putus berdoa,
Ingin bertemu dan bersua muka,

Mampu ku panjatkan doa,
Berserah kepada yang Esa,
Dia Maha Mengetahui,
Apa yang kita tidak ketahui,

Kami nanti, kami tunggu,
Engkau balik dengan selamat,
Keranamu, kami bersatu,
Berusaha, berdoa dan bertawakal.

Nukilan hati Cik Masz 
Pray for MH370