.

.

Tuesday, April 15, 2014

Rooftop Party

Selasa dah?

Uiii cepatnya masa berlalu.. banyak lagi kerja sekolah Cik Masz tak siap ni. Kelas tambahan ngan anak2 pun tak sempat nak running. Sian dorang dapat mommy bz ni. 

Takper anak2, mommy will try my best for u k. Dont worry! Dalam sibuk2 dok buat kerja sekolah, kerja rumah, Cik Masz masih luangkan masa untuk release skit stress dengan berblog ni. 

Cik Masz kan suka bercerita, so cara begini dapat ringan skit apa yang ada dalam fikiran ni. Tenang sekejap. Haaaaa, entry kali ni kisah rooftop birthday party!

Wah, bunyinya macam kat kelas jer kan! harus lah walaupun rooftop rumah sendiri. Hahhahah sebenarnya we all celebrates birthday jiran Cik Masz kat balkoni rumah kitorang.

Ingat tak, Cik Masz pernah berkompromi dengan jiran cantik Cik Masz nak buat surprise party kat suami Cik Masz dulu? Haaaa kali ni giliran CIk Masz balas budi pulak. 

Planning nak buat birthday party kat balkoni, konsepnya. Hehehhehe. Si birthday boy tu kebetulan kerja pulak pada hari lahirnya 24 Mac lepas. Maklumlah keje flight attendance so mana bleh sesuka hati cuti kan. So senang bangat sama si isterinya dan konco2 yang lain nak buat surprise party.

Hubby Cik Masz offered diri nak buat burger bakar memandangkan si birthday boy memang kepingin nak makan burger bakar. Maka Chef Bugs memulakan operasi membuat burger bakar bila dia balik kerja. Kebetulan masa tu aku cuti sekolah, maka akulah helper yang setia disisi Chef Bugs.

Si isteri dan konco2 yang lain busy bee dengan set up tempat kat rooftop. Ahaks...meriah sangat rasa. So agak meriah la rootop we all malam tu.

Tepat jam 11 malam birthday boy sampai rumah setelah dijemput oleh si isterinya kat KLIA. So we all jerit dari atas and dia betul2 surprised. Yeay....planning we all menjadi! Hahahhahahahha dia terperanjat gitewww.

Ok lepas tu, upacara blow the candles and makan burger. Paling best dapat lepak and celebrated bersama. Wonderfull person at wonderfull night. Hope ukhwah ini akan kekal hingga ke Syurga. Aminnnn.

Jom la we all tgk gambar yang aku snap tuk party ni. Layanzzzz pict preparation for the party and party life.


Bakar daging dalam periuk magic jer... hehehehhe

Ini memang kerja aku la, memotong roti dan sapukan butter

Kemudian daging dimasukkan dalam oven untuk proses pembakaran.
Sebelum masuk oven, letak cheese kat atas daging macam gambar dibawah.

Letak cheese dan pastikan cheese almost cair, then keluarkan dari oven.

Get ready the bread with sos and salad

Tadaaaaaaa.... daging disalut dengan homemade black paper sauce  

Terliur tak?

Sumpah aku mengidam ni...nak makan burger bakar by Chef Bugs

Birthday Boy baru sampai rumah and we olls dah jerit dari atas...
Hahhahahhahah, terkejut dia!

OK...kek tuk AG. Baru 25 tahun kot...Adik2 ni..

While waiting for NGAP the burger. Burger bakar by him Chef Bugs

Table setting by Ayu & Nana

Happy Birthday AG. 

My Kesayangan. Hope we will together forever. Love uolls!
Cik Masz, Ayu, Nana, Ag, Faizul & Chef Bugs




Monday, April 14, 2014

March for Engagement Day

Assalamualaikum,

Wah kejap jer kan dah masuk minggu ketiga April. Cepatnya masa berlalu. Tapi Cik Masz baru nak bercerita kisah Mac. Heheheh

Tak sangka ramai pulak sepupu Cik Masz yang bertunang bulan Mac lepas. Apa pun tahniah. Haaa dah boleh kumpul duit nak kawen dah wahai sepupu sekalian.

Sepupu yang pertama bertunang, sepupu sebelah hubby Cik Masz. Yang memula ni perempuan yang bertunang so majlisnya berlansung kat rumah nenda weolls.

Alhamdulillah selesai majlis pertunangan pertama dengan lancar dan baik walaupun ramai sepupu sepapat yang lain tak dapat balik and datang.


OOTD katanya
Masa ni hubby Cik Masz tegur pakai baju org mengandung

Tahniah
Nampak macam Mom to be tak? Time ni ngah bahagia rasa Cik Masz ni preggy...
hahahhahahhah

Keluarga kecil. Ramai yang takder ni.

End of March, Cik Masz pulak ikut rombongan meminang sepupu Cik Masz kat Kepong. Memandangkan mak abah CIk Masz tak dapat datang, so wakilkan Cik Masz & Suami utk ke rombongan meminang ni.

Rasa macam orang2 tua plak. Ahaks.. hehehehe. Tapi Cik Masz suka jer. Nak jumpa future cousin ni kan...Sepupu Cik Masz ni orang Johor, bertunang dengan orang Kepong. So semua sedara mara turun KL la. Meriah ok bila dapat berkumpul sedara mara ni.

Ini memang sepupu belah Cik Masz. So memang seronok la bila mak2 sedara dan sepupu sepapat yang lain datang KL. Havoc baq hang. Heheheheh. Apapun majlis berlansung dengan lancar dan aman. Kata sepakat dicapai and majlis akan dilansungkan pada 24 August 2014.

Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. InshaAllah. Tahniah sayang-sayangku.


Debar bakal pengantin nak disarungkan Cincin...hehehehe

Hantaran from both

My aunt...Love u mak andak

Bersama future cousin =)

Haruslah Cik Masz selfie dulu sebelum kuar rumah. Ahaks...




Sunday, April 13, 2014

Forever Love



Jangan nak meroyan sangat Maksusu...hehehhehe

Ini anak buah, nyawa Cik Masz and si tecik tu yang latest. So takder la mengidam sangat nak bau baby kan! Yang ni pun dah macam anak Cik Masz. Cucuk pertama pun Cik Masz yg bawa pi klinik. Hehhehehe

Love u sweetheart!


Monday, April 7, 2014

Fefeeling Mom to be

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Cik Masz rasa makin ok sekarang. Dengar macam tak ok jer kan CIk Masz ni? YESSS I was totally down before.

Last weekend Cik Masz dapat ujian Allah. Cik Masz manusia yang tak akan lari dengan ujianNYA. Ujian susah ke senang ker, Dia maha mengetahui hambanya. Cik Masz redha. Alhamdulillah sekarang dah makin baik dan boleh berblog ni.

Ok, sapa2 yang dah kahwen tak mo anak? Sila angkat tangan tinggi2 k. Hahahha sapa yang tak nak anak kan! Bila tgk baby comel2 ya Allah, meronta nak tengok zuriat and baka sendiri. Relax Cik Masz. Hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.

Ikutkan kalenda bendera merah Cik Masz sudah hampir 2 bulan tak naik ni. Wahhhhh hati mula berputik riang gembira. Ntah kenapa mulut asyik nak cari benda masam. Psiko!. Hahhahah. Fikirkan mula nak pergi cari pregnancy test ni. Sabar dulu. Baik pergi check ngan doctor jer terus.

Tetiba emosi tak stabil, hati berkata orang preggy memang macam ni kot. Rasa nak marah, menangis dan nak makan memanjang. Yang paling best mengidam ya amat nak makan burger. Kalau bole setiap hari nak makan burger. Dah hilang akal ke nak makan burger setiap hari. Yessss i feel i am mom to be! Bahagia. Kekadang bangun pagi pengang perut and talk to my belly. Psiko tahap kedua.

Bila sang suami takder dekat ngan CIk Masz jer rasa rindu teramat. Ntah pergi kerja pun rindu. Macam tak jumpa setahun. tapi ntah perasaan tu mana datang ntah! pastu kekadang sebelum tido buat sang suami macam my baby boo. Sampai sang suami cakap naper buat dia macam kucing? Hahahhahahah...kucing baq hang! I really love the moment and hope i will get the feeling again.

Sabtu malam, after met up my old friends kat Shah Alam, my hubby sent me home. He got lepak session with his besties. Me? at home layan TV alone. Before slept, i got the bathroom and macam biasa berus gigi, buang apa yang patut and cuci apa yang patut. And i saw something!

I am bleeding? In my mind. It's just a small blood which is all mom to be have to be face. Ahaks andaian tak masuk akal lansung. Ok. So i've tried my best to be positive. When i woke up on Sunday, nahaiiiii amik ko! ini bukan small blood but bendera Merah datang. Ya Allah, hanya tuhan jer tahu perasaan waktu itu. Semua harapan musnah dan aku meraung tak ingat dunia. Ya Allah tidak redha kan aku dengan ketentuanMU?

Aku cuba positif. Cuba kuat. Cuba untuk tidak fikirkan. Tapi semuanya mengalir bersama air mata yang keluar tanpa aku sedari. Aku masak sambil menagis. Aku laundry sambil menangis. Aku menyapu sambil menangis. Sunday was my rainy day! Masa tu aku rasa sangat sugul dan kemurungan melampau. Sampai the whole day tak makan! Ya Allah, aku pasrah dan redha atas ketentuanMu.

Bersyukur bila ada peneman jiwa. Sang suami cuba bagi kata2 semangat. Dia mula rancang sesuatu utk hiburkan aku. Alhamdulillah dia memahami Cik Masz, walaupun kekadang aku rasa dia tak penah nak faham aku. Sorry! hahahhaha

Dear Orked or Ahmad, mommy masih menunggu kamu. Nanti kita jumpa k. InshaAllah :)