.

.

Wednesday, December 31, 2014

Fashion Cik Masz 2014

Hari ini 31 Disember 2014. 

Ya Allah, kalau tahun2 lepas aku rasa macam sekejap jer masa berlalu, untuk 2014 pun aku terasa benda yang sama. 

Tapi tahun ini 2014 penuh dengan penceritaan yang sangat mencabar sehingga menduga kita sebagai manusia biasa. Ya Allah. Berat aku rasa melalui liku2 2014. 

Ujian yg datang ada hikmahnya, kerAna kita masih dalam perhatianNYA. Moga tahun mendatang memberi lebih banyak kebaikkan utk kita di dunia ini dan kebajikan utk hari akhirat nanti. Amin.

Kesempatan ni Cik Masz nak mohon maaf andai sepanjang tahun ini ada salah Dan silap tanpa disedari. Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015. 

Cik Masz juga nak review balik fashion Cik Masz sepanjang 2014. Ngeeeee. 

Disember 2014

August 2014

August 2014

May 2014

June 2014

Mac 2014

Mac 2014
August 2014
November 2014

Oktober 2014

Disember 2014

July 2014

September 2014

July 2014

September 2014

November 2014


Monday, December 29, 2014

Sesi persekolahan bermula 11 & 12 Januari 2015

Assalamualaikum,

Hari ni Cik Masz dah start ke sekolah. Sekolah dah mula buat mesyuarat pertama dan time ni la nak tau apa tugas Cik Masz utk sesi persekolahan.

Kalau nak senaraikan memang banyak. Latest task yg kene buat on this Wednesday. Cik Masz kene jadi emcee tuk Majlis Orientasi Tingkatan 1. Huwaaaa seumur hidup tak perbah jadi emcee majlis besar. Pestime ni. Moga semuanya berjalan lancar, InshaAllah.

Masa leka dlm meeting tetiba terdengar what'sapp masuk bertalu2. Bila pandang cikgu2 lain pun sibuk tgj phone. Rupanya berita sekolah dilanjutkan cuti sampai 12 Jan 2015. Masa mesyuarat tadi puan pengetua tak nak bagi confirmation lagi sebab katanya tak dapat hitam putih.

Now, puan pengetua & penolong kanan petang dah telegram kat semua cikgu Sek Cik Masz bgtau sesi persekolahan 2015 akan bermula 12 Jan 2015 tuk negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Perlis, Melaka & n9. Negeri lain start 11 Jan 2015. Memg confirm cuti dilanjutkan seminggu ekoran banjir yang melanda Negara.

Parent yang nak lebih detail n pastikan ia betul bole call sekolah atau check web Kementerian Pelajaran Malaysia.



Sekrang ni, hanya terfikir mcmana la mangsa banjir ni nak ke sekolah. Baju, bag, kasut, buku dan keperluan ke sekolah dorg masih ada ker? Masih elok ker? Sekolah Yg tenggelam Tu, bersediakah mereka nak buka tuk sesi persekolahan nanti. Ya Allah.

Tak dapat dibayangkan.

Hanya mampu berdoa agar bumi kita dipulihkan segera dan musibah yg berlaku ni mengajar kita sesuatu. Redha Dan sabarlah wahai kawan, InshaAllah pasti hikmahnya besar. Bersangka baik dengan Allah, InshaAllah ganjarannya besar. Cik Masz hanya mampu berdoa dan hulurkan bantuan yg semampunya.

Ya Allah, berilah kami kebaikkan di dunia dan kebajikan di akhirat. Peliharalah Kami dari api neraka. Aminnnn




Thursday, December 25, 2014

Selamat Hari Natal

Semua mesti cuti kan hari ini. Cik Masz memg dah cuti. Ngeeee.

Sepatutnya hari ini weolls (cik masz n husband) pergi bercuti, tapi dibatalkan sebab hujan n cuaca tak menentu. Jadi cancel n duduk jer rumah dgn muka mencuka sebab kene duduk rumah.

Kesempatan ni nak wish merry Christmas and happy holiday.


Sendiri bikin. Kreatif tak Cik Masz? Heehehhe.
snow by fondant, patung lebih dr frozen cartoon.

Sunday, December 21, 2014

Orange Butter Cake

Bila cuti ni, takder menda kan nak buat! Selain makan tido and tengok TV, maka Cik Masz pun slalu la baking.

Kali ni Cik Masz buat orange butter cake. Sedap kalau makan di waktu petang sambil tengok anak2 main buaian di halaman rumah. Wahhhh gitewwww!

Resepinya Cik Masz tgk google and buatlah sedikit penambah tolak jadi resepi Cik Masz. Hehehehhehe.

Ok ini resepi Cik Masz


Orange Butter Cake

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan butter - cairkan 
2 cawan gula halus (Cik Masz guna 1 cawan jer)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren ( Cik Masz letak orange sanquick jer 1 sudu makan )

Cara-cara:


Buah limau dicuci dulu pastu potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya dan potong kecil

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama butter yang dicairkan, dan gula. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan telur kemudian mixer kan bahan tersebut selama seminit. Kemudian masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sampai sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang ikut kesukaan dan masukkan ke dalam oven pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. 



Setelah dipotong..
Baru keluar oven. Cik Masz guna loyang timah ni sebab senang nak hantar ke rumah inlaw skit.







Saturday, December 20, 2014

Lost 2kg in 1 week

Perghhhh entry memang tak bleh blah kan! Macam entry iklan product kuruskan badan.

Cik Masz sebenarnya baru realize diri Cik Masz ni senang naik berat badan dan senang juga turun berat badan ni.

Last a few month Cik Masz kene demam virus apa ntah (almost demam denggi tapi bukan demam denggi) , terus berat badan turun mendadak 3kg dalam masa 4 hari. Best kan result dia? Tapi akibatnya Cik masz terlepek jer atas katil dan sofa kat rumah selama 4 hari tu. Makan? memang out of selera la. Bagi la lobster sekor pun, pandang pun idak. Masa tu paling boleh telan pun air manis2 buah jer (itu pun paksa diri sebab kene makan ubat), yang lain memang tak pandang lansung. Nasi? Sebulan selepas kejadian baru berselera nak makan. Lepas baik dari demam tu best la semua dok puji kurus. Tapi dorang tak tahu yg badan merana sakit.

Sekarang keadaan berulang kembali, Cik Masz kene pulak infection kat tekak ni. Adoiiii lagi la tak lalu nak makan sebab sakit sangat nak telan. Solid food, hot food perlu dielakkan buat sementara waktu. Memang tak makan la jawabnya. Now dah 2 kg turun dalam masa 5 hari. Selera makan memang hilang. Apa yg Cik masz makan tuk survive iailah air manis + sejuk jer skrg.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi ujianMU. Setiap yang berlaku ada hikmahnya!






Friday, December 19, 2014

Ulangtahun Perkahwinan yg ke 6.

Jumaat yang barakah ni, ramai yang pilih untuk melansungkan pernikahan kan.

Teringat lagi kenangan 6 tahun lepas. 19 Disember 2008, time2 cenggini, mak cik Masz dah bising dah, mana la mak andam ni, camner baju nikah ni,ermm... semua la dibebel oleh mak cik Masz ni. Maklumlah pes time anak nak kawen, maka kelam kelibut la skit kan. Hahahaha..

Hari ini genaplah 6 tahun Cik Masz & Sang suami hidup bersama sebagai suami isteri. 6 tahun tu tak tau nak ckp lama ke kejap sebab sepanjang perkahwinan ni, kami hidup dlm tawa dan tangis bersama. Susah senang hanya kami jer yg tau.

Alhamdulillah, masih hidup bersama dan bahgia walaupun kami tak kaya raya. Cik Masz happy dengan marriage life Cik Masz sekarang. SYUKUR sangat sebenarnya, walaupun masih belum dikurniakan zuriat. Cik Masz yakin semua tu rezeki Allah.

Cik Masz hanya inginkan kehidupan yg bahagia, hubungan baik dengan pasangan & keluarga, dan sentiasa bersyukur atas nikmatnya.

Alhamdulillah...









Tuesday, December 16, 2014

Nasi Lemak Panas, Jalan 223 Petaling Jaya.

Nasik lemak, kopi O always be my favorite.

Kali ni nak share Nasi lemak best kat Petaling Jaya. Banyak Nasi lemak best kat PJ ni, tapi ini salah satu juga Nasi lemak fav Cik Masz iaitu Nasi lemak panas kat Jalan 223.

Kalau korang Google jer nasi lemak panas jalan 223, panti dapat tgk view n map skali. Becoz tehnology is there, so tak perlu la Cik Masz nak bg direction lagi kan.

Utk teringin nak pg, try la makan kat sana. Tempatnya bukan restaurant besar mewah bagai tau, hanya medan selera jer. Tapi best tuk lepak juga. Ada dua tauke Nasi lemak kat sana. 1 nasi lemak merah (cop merah) 1 lagi Nasi lemak biru (cop biru). Bagi cik Masz n sang suami suka Nasi lemak merah. Tapi dua dua pun sedap tau. Slalunya kalau pg sana, memang makan dua dua la.

Sedapnya
Nasi lemak panas 
Nasi lemak biru
Nasik lemak merah...yummeh

Monday, December 15, 2014

Paintball at Tanamera Park, Sungai Buloh

Monday all...

Di minggu baru, rasa kejap jer dah pertengahan December. Ala, tinggal beberapa hari jer lagi cuti sekolah. 

Kerja sekolah masih ada yg belum siap ni. Hrmmm. Takper Cik Masz ni slalu berpegang kepada work smart. So tak perlu risau, buat bila dah sedia jer. Hehehehe

Entry kali ni nak share tempat riadah tuk bff kat luar sana yg boring lepak kedai mamak, bosan ke shopping complex. Nak cerita pasal aktiviti beriadah yg best iaitu Paintball.

Korang pernah main paintball tak? Cik Masz pernah juga main paintball ni. Baru2 ni Cik Masz temankan sang suami main paintball kat Tanamera, Sungai Buloh, Selangor.

Lokasinya 8 km dari The Store Sungai Buloh. Kalau uolls dari Bandar Sri Damansara nak ke sungai Buloh, uolls akan jumpa the store kat tengah2 antara nak ke Tasik Biru (ke kiri/ naik flyover) nak ke Paya Jaras (ke kanan). Nak ke Tanamera uolls mesti ke kanan iaitu ke arah Paya Jaras. Kemudian terus jer. Nak lebih senang uolls bole waze jer. 

Sampai kat sana Cik Masz la org yg paling teruja. Rupanya kat Tanamera ni mcm2 ada. Bole horses riding, bole main paintball n banyak lagi la. Yg Cik Masz tau bole horse riding and paintball. Cantik and tenang jer tempatnya sebab hutan menghijau kan.

Paintball park pun banyak. Masuk hutan la, kelapa sawit la, n kalau tak salah ada beberapa park juga la tuk paintball ni. Seronok. Paling seronok package paintball hanya RM100 per person, dpt equipment, bullet (1pack) makan & minum. Tempatnya juga ada tempat mandi n bersihkan diri. Senang la kalau nak tukar baju or mandi after bergelumang dalam hutan Dan badan penuh color (kene bullet). Best la bagi Cik Masz.

Those yg cari tempat best nak main paintball, bole try Google Tanamera paintball ni and buat reservation. Pasti best!








Cik Masz pun nak selfie. Kat blakang ni adalah kandang kuda.

Friday, December 12, 2014

12 Dec 2014

Jumaat yg barakah.

Alhamdulillah...

Hari ni pula hari lahir suami Cik Masz pula. Dekatkan tarikh lahir weolls.

Surprise apa Cik Masz buat kat dia? Oh kalau tahun lepas Cik Masz berpakat ngan jiran tetangga buat kezutan, tahun ni Cik Masz buat kezutan sorang2 jer. Hahahaha.

Malam tadi 11.12.14, tgh dia leka nengok tv kat hall cik mas ke dapur, then tampal wording HAPPY BIRTHDAY kat frigde. Sebelum tu siang semalam Cik Masz berhempas pulas buatkan Banana Caremel cake with meringue buttercream. Fuhhh

Tepat Jam 12 malam Cik Masz pun wish n peluk cium semua pastu Cik Masz ikat Mata dia. Hahahaha. Pastu bawa dia ke dapur depan fridge. Sebelum dia buka Mata Cik Masz dah pegang cake seberat 1.5Kg kat tangan. Bila disuruh buka Mata trus dia terkejut! 'bila syg buat semua ni?'

Hahahahhaha...see menjadi juga kezutan Cik Masz.

Happy Birthday abang. Semoga panjang umur abang tuk jaga sayang, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan di beri kebahagaian hidup bersama hingga ke syurga. Aminnnn

Semalam punya surprised...huhuhu






Kalau berkenan cake ni and nak tempah bole la whatsapp 0129162098

Wording Happy Birthday tu Cik Masz beli kat Daiso jer.








Thursday, December 11, 2014

Masak senang, makan sedap - Salmon Grill

Selamat bercuti tuk rakyat Selangor.

Duli Yg Maha Mulia,
Selamat di atas Takhta
Allah lanjutkan usia tuanku

Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Ok uolss cecuti ni nak masak apa tuk lunch? Ke nak makan luar? Cik Masz ngan sang suami, kalau cuti n takder program memg layan TV kat rumah jer. Pastu gyming.

So makan pun kekadang malas nak masak beriya sangat kecuali mood rajin melampau. Hehehehehe. So nak senang harus masak benda yg simple la.

Cik Masz slalu akan masak campak2 jer dalam periuk ajaib pastu masak. Hahahha senang kan.

Menu nak share hari ni, Salmon Grill (periuk ajaib)

Resepi Salmon Grill
2 keping salmon (utk laki bini)
vegetables (Cik Masz guna baby carrot, brocolli, baby tomato...sebab ni jer ada dlm fridge)
Black peper
salt
mixed herb

Memula cuci salmon and vegetables. Pastu lumurkan salmon dgn garam, black peper, mixed herb. Then letakkan salmon dlm periuk ajaib tu skali dgn vegetables. Tutup periuk tersebut lebih kurang 10 minit n api yg kecil atas dapur. Kemudian boleh serve tuk makan. Kalau rasa nak kenyang over bole tambah Nasi skit.

Selamat mencuba :)


Before masak.

Ready to eat