.

.

Monday, January 12, 2015

Hadiah Anniversary

Holla,

Monday All.

6th Anniversary bulan lepas 19th Dec 2014. Sekejap je kan dah 6 tahun hidup berumah tangga.

Kisah anniversary ni, Cik Masz nak share kes hadiah tertunggak. Hahahha, bukan bil jer tertunggak, tapi hadiah pun ader. Ahaaa.

Sang suami pernah tanya, "anniversary tahun ni nak apa? Jangan minta handbag lagi!" Amboi....siap bgtau awal2 lagi takbleh minta handbag. Hahahha. Nampak sangat slalu minTa handbag kan?

Fikir punya fikir, terfikir sesuatu. Nak mixer Kitchenaid. Sang suami sonyap jer dgr permintaan Si isteri. Hahahaha.

Tetiba last 6hb Jan 2015, dia bawa balik mixer. Amik ko! Uwaaaaa menjerittt terharu Cik Masz. Tak sangka!

Tapi bukan Kitchenaid seperti yg diminta. Aku pun tak tau apa brand. Sumpah aku tak kisah la janji mixer. Alhamdulillah dalam mixer yg diidamkan walaupun bukan brand yg diminpikan. Syukur Dan terharu. Bukan per, sang suami ni bukan jenis yg pandai beli barang tuk isteri. Slalunya dia akan bg duit jer n Cik Masz beli la apa yg diingini. Dia takut katanya kalau dia beli tak memenuhi citarasa Si isteri yg cerewet ni. Hehehehe

Thanks abang, syg appreciate sangat. I love u so much la. Terima kasih Allah.

Ini hasil dari hadiah anniversary
Apam Susu

Hasil mixer - buat apam susu.
Nampak tak tompok atas apam tu, itu sebab kene air dari tudung pengukus ni. Tak ikut petua orang tua2 yg suruh tutup tudung periuk dengan kain ;)

Hasil Pertama - Roti Sarang Lebah
1st time buat ni, Alhamdulillah menjadi.
Butterscotch filling tak letak lagi time ni sebab nak rasa yg tanpa kaya

Tadaaaaaa....inilah Mixer baru saya

Siap ada cover lagi tu...
So kalau berputar, memang tak mercik (loghat kedah). means tak bersepah la adunan tu





2 comments:

Suffiah zee said...

if u don't mind bole tak tanyekan hubby u beli kat ne....sukeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt...nak gak...bozz sy kat whatsapp plzzzz 0122264473...jasamu dikenang

Reflisia said...

Dear suffiah, i baru dapat tau..my hubby bought at Lazada..go n check dear :)