.

.

Wednesday, January 7, 2015

Homecook Loh Mai Kai

Assalamualaikum.

Salam Rabu.

Dah breakfast ke uolls? Cik Masz dah selamat makan nasi + ayam masak merah. Hahhahaha. Pepagi buta makan macam lunch kan! Ini lauk semalam sebenarnya. Semalam Cik Masz masak tuk dinner ngan sang suami, tapi weolls tak jadi makan yg Cik Masz masak sebab sang suami beli food lain. So macam biasa, simpan apa yang dimasak dan makan tuk breakfast. Maka breakfast laki bini pagi ni ialah nasi + ayam masak merah.

Cerita mengenai makan, Cik Masz nak share satu food yang baru dicuba dan menjadi kegemaran Cik Masz dan sang suami. Namanya Loh Mai Kai. Ia sejenis makanan masyarakat cina. Pendek kata Chinnes Food la.

Macamana rasa Loh Mai Kai ni? Haaaa... Nak cerita. Cik Masz memg tak pernah makan. Tapi sang suami ni pernah makan satu ketika dulu masa weolls makan steamboat kat The Curve. Katanya sedap. Ermmm tak terasa lansung nak try. Pastu sang suami suarakan nak buat Loh Mai Kai. Tertanya dalam hati, senang ker?

Sang suami ni, kalau dia makan, dia akan kenal apa ingredient dalam makanan tu. Dia bole kenal ada bunga cengkih la, ada kicap pekat la, ada herbs la. Dasyat tak? Hahahhaha. Cik Masz yang guru KHB ERT ni pun tak sehebat dia. So, bila sang suami dah makan ang katanya sedap dan senang jer nak buat, maka dia akan masak kat rumah. Cik Masz layan jer la, sapa lagi nak layan kan?

So last week dia pun masak Loh Mai Kai buat pertama kali. Wah teruja ok nak rasa. berkentung kentang sang suami kat dapur siapkan Loh Mai Kai for dinner, Cik Masz plak dengan selesanya tgk drama Akasia kat TV3. Ahhaaaa. Bila di jenguk kat dapur, nampak la dia potong ayam, mushroom, siap keluarkan pengukus lagi.

'Sayang, dah siap?' Bila ayat ni keluar dari mulut sang suami, 1st thing 1st Cik Masz capai phone dulu sebelum ke dapur. Hahahhaha. Gambar tu penting. Sebabnya nak abadikan dalam blog dan instagram kan.

1st time homecook Loh Mai Kai by Sang Suami

we shared for dinner
Sampai jer dapur, bau dia sangat best. Bau harum pulut + ayam masak kicap cendawan. Lepas selesai photoshoot loh mai kai ni, kami laki bini serius tak sabar nak try. Omg sangat sedap! (masuk lift tekan and naik sendiri) puji laki sendiri kan. Tapi serius sedap. Cik Masz ni memang suka sang suami masak. Rasanya macam makan pulut dan ayam masak kicap sizzling tu sebab ada mushroom. Jadi, dinner dengan heavy dish iaitu pulut. Tak rasa bersalah ker? Hahahahha...

Lepas tu, aku ni gatal lagi minta masak loh mai kai lagi. Sebab tak puas makan 1st time. So sang suami buat lagi. Kali ni dia buat lebih kecil. Katanya takut aku berangin satu badan. Cik Masz ni tak bleh makan pulut banyak sangat sebab angin. Kang tak bleh tido plak kalau angin satu badan.

2nd time homecook Loh Mai Kai by Sang suami

Sedapnya

Tak cukup lagi makan 2nd time, last weekend weolls had lunch kat Paparich IOI City Mall, Cik Masz order loh mai kai lagi. Tapi tak bleh tanding dengan air tangan sang suami la.. Hehehehe.

Ini Loh Mai Kai Paparich

Ok resepi Loh Mai Kai ( Sumber dari MyResepi)...nanti bila free Cik Masz try minta resepi Sang Suami.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris nipis2)

  • Bahan-bahan A
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yg berwarna putih)

  • Bahan-bahan B
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara

  1. Persediaan Awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng utk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yg diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit.
  5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer utk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dgn chili sos yg pedas.





No comments: