.

.

Thursday, January 1, 2015

it's call SYURGA

Selamat Tahun Baru 2015
Hoping for more blessed and joyful

Permulaan tahun baru aku lebih suka duduk rumah, lepak, masak, makan and movie kat rumah.

Sebenarnya sejak aku berpindah kat rumah sendiri ni aku lebih suka dan selesa berada dirumah. Kekadang aku memg tak sabar nak cuti sekolah sebab nak berperam kat rumah.

Sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2014, aku banyak berhibenet kat rumah. Holiday kali ni aku balik kampung jer kejap, pastu selebihnya lepak kat rumah jer.

Aku rasa best, selesa and senang bila lepak kat rumah. Makan kat luar pun dah jarang skrg, sebab aku lebih suka berpeluh kat dapur aku sendiri dari berpeluh berjalan dalam shopping complex cari restaurant. Aku banyak berhabis masa bersama oven aku dengan mencuba variety of recipe. Buku2 recipes yg lama aku beli, mula dibelek sehelai demi sehelai.

Walaupun aku ni seorang yg pemalas nak guna vacum kat rumah (kerja vacum setiap minggu ni kerja sang suami), tapi bila dah terperap kat rumah, aku dah jatuh cinta ngan vacum. Hahahhaa...

Inilah yg dikatakan rumahku syurgaku. Pergilah mana pun, pasti aku rasa paling best tido kat rumah, dalam bilik aku yg penuh cermin, yg sejuk giler (sebab aircond...hahaha), yg cosy lampunya, katil yg besar n boleh golek2 like a baby, berbau wangi lavender and paling best ada teman tido bersama. Seriously aku amat selesa lepak kat rumah skrg ni.

Inilah dikatakan syurga dunia. Bagi aku rumah merupakan permulaan mood and mode. Kalau dari rumah kita happy, InshaAllah kita keluar rumah pergi kerja, atau ke mana sahaja kita akan rasa happy.

Ya Allah berilah aku kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Aminnn

View di pagi 01.01.2015


No comments: