.

.

Monday, April 20, 2015

JJCM Reflisia - Aroma Ikan Bakar, Jeram, Selangor


Assalamualaikum,

Huarghhhhh...lama sungguh la tinggai blog ni. Ok hari ini terasa nak kembali aktif.

Alhamdulillah Cik Masz sihat, cuma ada beberapa perkara berkenaan kesihatan Cik Masz yang belum dikenal pasti akibatnya. Harap2 tiada yang serius dan kritikal. InshaAllah semuanya baik. 'Sentiasa bersangka baik'

Tengok tajuk macam best kan. Kali ni Cik Masz nak share pasal jejalan cari makan Cik Masz n sang suami. Kami kan suka makan. Mesti nak try kalau ada kedai best. Kali ni kami try kat Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor. Jeram ni dekat ngan Pantai Remis. Kalau nak WAZE tempat ni, taip jer Aroma Ikan Bakar, Jeram confirm jumpa.

Sepetang kat sana, makan sambil menikmati keindahan kawasan Jeram ni, memang best. Bila yang join kitorang makan kat sana adalah orang2 yang best lagi la bertambah best. Kami pergi berlima bersama ex-jiran kami dulu. Sebelum ni dorang la jiran kami, tapi end of last year dorang pindah ke Meru. Bila ukhwah itu kuat, maka ke mana saja dorg pindah, kami tetap rapat like sibling.

Kat sana, kita bole pilih seat. Nak duduk kat mana. Kalau kat pondok bamboo kene charge RM20. Tapi kitorang pilih seat berdekatan dengan pondok bamboo sebab ada mak buyong tak boleh nak makan bersila. Hehehehehhe.

Bab menu, aku memang serahkan pada husband and jiran aku jer. Concept makan jer aku pada hari tu. Menu kami pada haritu ialah Ikan Jenahak Bakar, Ikan Siakap Steam Limau, Pepahat Masak Cili dan Ketam Masak Cili serta Kailan Goreng Biasa, tambah 5 pinggan nasi putih dan air buah 4 gelas dan 1 air limau suam dan 2 gelas ais kosong. Semua harganya dalam RM215.00. Aku ada amik pict resit, tapi mana ntah hilang nya! Hahahhaha...

Depend pada korang la rasa mahal ke tidak. Aku tak tau nak komen sangat sebab biasanya kami makan berdua pun dah cecah RM100 ++ so kalau berlima kira ok kot. Harap pasni jumpa la kedai yang lebih murah dan lebih sedap.

Boleh la nak jamu mata pict aku amik scene kat sana.


View dari seat kami

Pondok Bamboo extra charge RM20
  
Lepak kat luar before food sampai  



posing romatic is a must!

Dah bersalin pun mak buyong ni


Kami pilih seat di sini
Steam Ikan Siakap

Pepahat masak cili

Ketam masak cili


Wajib ada - Kailan goreng biasa

Jenahak Bakar



Food Kami



Haaaaaa.....Kenyang ok!

Muka pun dah rupa apa dah sebab kenyang sangat!






No comments: