.

.

Friday, May 1, 2015

Tempat Percutian : Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Salam Jumaat

Selamat Hari Buruh. Cuti panjang kan minggu ni. Sampai isnin bercuti, selasa baru start kerja. Uolls ada ke mana-mana ker cuti ni? Cik Masz hanya berehat dirumah. Nak balik kampung pun, mak Cik Masz baru jer balik dr rumah Cik Masz ni.

Memandangkan weekend ni 3 May 2015, sepupu cik Masz belah suami kawen, maka kami bercuti dirumah sendiri la.

Entry kali ni nak cerita pasal satu tempat Percutian yg tak berapa nak glamer tapi best. Cik Masz baru2 ni melawat adik kat Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah. Lepas melawat tu trus la jejalan area sana. Sampai la ke Pantai Pengkalan Balak yg terletak tak jauh dari Matrikulasi Melaka.

Tempatnya cantik, agak bersih and paling best air biru hijau ok! Serius bukan air tea ais. Sangat cantik kawasannya and tak ramai sangat orang kat situ. Maybe masa cik Masz dtg tu hari ahad and bukan cuti sekolah. Tapi kat sana sangat banyak chalet. So mesti tempat ni ramai kunjungan kan. Chalet nya semua mengadap pantai.

Kat sana banyak juga gerai tepi pantai. Bole makan sambil melihat sunset gitewww. Relax n tak serabut sangat la kat sana. Cik Masz suka tempat2 tak serabut ni.

Kalau korang rasa nak try bercuti kat sana, Google dulu chalet Yg ada kat sana, pastu waze jer tempatnya, pasti senang. Kalau dr KL dlm 1Jam 30 minit jer drive, ikut kelajuan masing2 la.

Jom tgk scene kat sana yg sempat di snap.

Add caption


Depan Chalet Deruan Ombak. Kitorang berhenti lepak kat sini sebab tak ramai orang.




Ini lah Chalet Deruan Ombak



Best kan berpicnic kat sini...