.

.

Friday, March 26, 2010

Sangat Terkilan!

about 4 days i've left my diary behind.. erm apa nak update yer..ok i have a few my life story mori within this 4 days.

aku terkilan betul dengan seorang kawan aku ni. dulu dia lah tempat aku bercerita ceriti and we've shared every single things. When we're became career women, mula la memasing bz n mengorak langkah membina masa depan. Agak lama kitaorg tak keluar sesama and sekadar keep in touch tru online jer (zaman dah maju kan).

dah berkali aku ajak dier jumpa n lepaking together, dan banyak kali juga dier ajak2 ayam jer dengan aku ni..aku noticed dah lama perangai dier yang memang suka promise n break the promises. Sunguh mengecewakan daku.

last few week 1 of our galfren called me, and stori mori about my gf ni. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. bukan aku sorang rupanya yang terkilan n 'TERKENE' ngan dier. tak sangka org lain pun sama. so she's so _____ ( i dunno how to write the rigth word here)

kekadang tu terfikir takder kawan macam ni pun takper kan! kekadang tue terfikir plak she's my bestfren before and aku plak bukan yang jenis senang nak lupa kawan. tambah plak kawan baik yang pernah tolong kita and pernah bersama kita dalam senang dan duka satu ketika dulu. tapi bila kenangkan semula apa yang dier buat kat kita memang la perit.

Sakit hati bila dikenangkan peel dier yang makin buat semua org menyampah...kalu ajak jumpa n lepak2 mesti dier akan jawab camni 'darls, i rimas la panas2 n crowd ni..so kita lepak The Curve jer lah'.. kalu ajak dinner, she will say ' Jom..Pavillion nak!', kalu ajak berbuka puasa sesama ' Taknak lah Ikea, tak best..apa kata kita bukak puasa at Pav ker Mid Valley ker or somewhere yang best skit la'

Aku ni bukan jenis memanjang nak ke tempat ni yang boleh dikatakan ader class la (class sangat ker tempat tue)..sometime ada la masanyer cari tempat2 yang biasa2 jer. ala tak semestinya ada class tue best!

Aku tulis semua ni bukan aku nak menceritakan keburukkan dier tapi aku nak luahkan ketidakpuasan hatiku dalam diari ini. Aku sentiasa berharap agar dier sedar akan kelemahan dirinya dan perbaiki sebaik mungkin.




Monday, March 22, 2010

I hate Pimples

harini aku bangun tido ngan kepala yang sangat berat (poning gler nieyh) dan mood yang sangat menyampah (coz monday). Trus sahaja aku menggapai towel dan masuk ke bathroom. Tgk cermin adalah perkara wajib masuk bathroom. Ergh! muka aku dah ader pimples. What the *tut* pimples doing in my smoothy face..?

Bengang giler biler ader pimples ni. Gara2 aku main sambar jer pencuci muka my SIL so inilah hasilnya. Satu kat hidung, satu kat dahi and satu kat dagu! *&%$#@ memang cantik lah port parking dier kat muka ku... =(

Alkisahnyer aku balik umah my MIL last weekend n tertinggal my neutregina. Aku plak jenis yang wajib cuci muka kalu dah tanggalkan make up. so pinjamlah my SIL nyer cleanser. ntah aper brand ntah (kalu tak silap Biore kot). And tak sangka effect dier secepat ini aku dapat pimples.

Aku benci ko la pimples, muka aku plak jenis yang jarang nak ader pimples ni. Kalu ader sure la obvious. huarghhhh aku benci...

Pastu nak datang opis pun dengan tiada keyakinan diri coz terpaksa pakai foundation tebal2, pakai soft powder banyak2, kene pakai concealer tebal2..dah macam nak buat stage show plak. nasib baik takder la perasan sangat muka aku ala2 opera cina ni..


Friday, March 19, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

"Kengkawan semua jom kita buat bloggers gathering kat Berjaya Timesquare on 17th April ni disamping activity2 best and menangi hadiah2 best. Jom la..."

Korang semua jgn risau Nuffang & Gatsby dah arrangekan activity gathering kita seperti dibawah. heheheh

Erm semua org yang ader Nuffnang Account ni sure dah tahu pasal projek projek 400 nuffnang yang nuffnang akan bagi RM50 pervisit. Thanks to Nuff yang baik hati dalam usahanya untuk menganjurkan event kepada blogger2 dalam mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

Korang semua nak tahu tak apa Projek 400 nuffnang ni? Haaaa...Projek 400 tue ialah projek sulit dan Projeknya ialah Gatsby Deodorant Street Fair. Kat sana korang dan aku boleh menangi hadiah2 best sehingga RM15,000 melalui cabutan bertuah yang merupakan barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai.

Details about Events
;
Events: Gatsby Deodorant Street Fair
Date : 17th April 2010
Day : Saturday
Time : 10 a.m till 5 p.m
Location : Ground Floor Berjaya Timesquare (BTS), Kuala Lumpur
The Activity : Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!

Gathering ini terbuka kepada semua blogger tak kira lah yang jadi follower aku ker, yang tak jadi ker, yang aku follow ker atau yang aku tak follow..korang semua dijemput ke sana. Sambil berkenal-kenalan sambil kita beramah mesra sambil kita menambah networking sambil kita menang hadiah sambil kita dapat duit..kan best tue. kalu nak tahu lebih lanjut click www.gatsby.com.my/streetfair ok.

Kengkawan semua kita jumpa kat BTS k. kalau dah sampai tue rodger2 lokasi anda k..

Thursday, March 18, 2010

Ya Ampun...Akibat Coffee

Semalam aku tido dalam kul 11.30 pm. Agak lewat la tido malam tadi coz biasanya dalam kul 10.30pm aku dah melayari mimpi. Semalam terpaksa siapkan tempahan cuppies tuk amik arini. so dah settle around 11.00 pm.

Bangun pagi jer ingat nak minum kopi tapi terfikir setiap hari minum kopi nanti aper effect dier eak? Coz lately ni setiap pagi bangun tido jer, aku akan bekfast dengan secawan kopi + habatus sauda. . Kang kalu asyik minum coffee jer banyak plak caffiene dalam badan. Pabila banyak caffine ader la yang menggangu kesihatan. Boleh Migrain kot..Hish..

So pagi tadi tak amik coffee but aku minum jus orange jer. Apalagi datang opis mulut asyik ternganga la..menguap jer..Ya ampun ngantuk giler. Pagi tadi ader asembly bahagian plak n aku asyik menguap jer..nasib baik Big Boss tak nampak..kalu tak sia2 kene panggil ke depan!

aku tgh tahan ni, coz arini berazam tak nak minum coffee. kalu boleh tak nak amik setiap hari macam hari2 lepas. nak amik maybe 2-3 kali seminggu. aku nak besederhana jer amik sesuatu perkara. Dalam Al-Quran pun ader mengatakan kita hendaklah bersederhana dalam setiap perkara.

Aku hope sangat caffine dalam badan aku ni masih sikit sangat n jangan lah aku ditimpa musibah kesihtan yang teruk.

Tuesday, March 16, 2010

Tahniah Wani William!

sorry memey...curi dari fb =)

Puan Memey, tahniah and big sorry tak dapat hadir majlis bersejarah kamu. Dis pict shown that u r so CANTEEK and u r Queen of that day. Neway I owe u prezzie (dah ader dalam keter pun). =)
Selamat Pengantin Baru Memey n Anuar






Kuaters Putrajaya, Persint 11

'Puan, tahniah, permohonan puan untuk menduduki kuaters telah diluluskan dan sila datang untuk mendapatkan surat tawaran yer.' aku dapat kuaters after 9 months ago aku applied. =) happy

huhu..Sebenarnya aku sangat dambakan kuaters masa aku sibuk2 cari umah since da dapat kejer gomen ni kan (9 month ago)! puas aku n sang suami mencari rumah yang dekat ngan putrajaya untuk kesenangan kami ke opis, almost 2 month kami round2 Seri Kembangan, Bangi n Puchong area nak cari rumah. Pastu alhamdulillah aku dpt rumah sekarang ini from Mudah.com. dengan pantas trus cnfirmkan dengan agent rumah tue for 1st time viewing coz dah penat cari rumah. =)

Betapa seksa pun ader rasanya nak cari rumah sewa ni. Hanya tuhan sahaja yang tahu. dan sekarang ni usaha untuk membeli rumah plak! InsyaAllah kalu ader rezeki dapat lah aku n sang suami beli rumah.

Untuk tawaran ini aku sangat gembira. Malangnyer aku terpaksa tolah tawaran ini. minta maaf lah aku terpaksa tolak coz aku dah ader rumah n dah tak larat nak pindah randah ni..Moga penolakkan aku terhadap tawaran kuaters ni, memberi peluang kepada org lain yang lebih memerlukannya.


Monday, March 15, 2010

Malang Memang Tak Berbau

Plan asal Sabtu 13th March 2010

8.30 a.m
: attend exam (biasalah kalu kejer kerajaan sure ader benda2 ni semua)

1.00 p.m
: attend my cliq wedding at Setapak ( coz tak dapat join rombongan meminang adik aku ke Kuala Kangsar)

3.00 p.m
: visit my best friend at Setapak (dah sebulan bersalin tapi tak pg tgk lagi her 2nd baby)

5.00 p.m
: jogging

9.00 p.m
: lepak kat dataran Putrajaya sambil main helicopter


aku hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan segalanya. Ya ampun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa penat sanagt aku sabtu ni. apa yang jadi;

dalam bilik exam ni

8.15 a.m : attended exam (as per plan), but this exam finished around 11.50 a.m early than what i was expected

12.30 p.m : me n my hubby drove to Balai Polis Tapah coz dapat berita my 2nd bro accident at Tapah. hishhh malang tak berbau..Alhamdulillah dier n my cousin tak aper2 n yang truk pun keter jer.

4.30 pm : Semuanya settled and drove to KL.

7.00 pm :sampai kat rumah

9.00 p.m : tido..hahahhahha.penat

keter yang dilanggar hanya bercalar jer..memang kuat la ko CAMRY



Jalan Tunku Abd Rahman


Dah lama juga plan nak shopping ngan my colleagge kat Jln TAR ni. alih2 last friday decide nak pg sana..almaklum lah, kejer kerajaan lunch ari jumaat lama la juga about 2h 45m. lamakan? si Lelaki sibuk nak ke masjid, dan si Perempuan pula sibuk gunakan masa itu untuk shopping.Weehuuu shopping weh pompuan mana yang tak suka!

so kami terbang ke sana pukul 12.15 pm..memang ramai la wanita2, makcik2 dan kakak2 nak shopping time ni..maklumlah lunch yang panjang.

aku n the geng ke kedai batu berkilau yang digunakan untuk letak kat tudung awning tue..bukan aku yang beli tapi 1 of my colleage la. ramai gle yang sibuk tanyakan harga la, tanyakan kesesuaian batu ngan tudung la..n macam2 peel.

erm kami masih berjalan sepanjang jalan TAR tue tetiba aku terjumpa Olyn (my old friend) sangat rindu ok kat dier. aku tegur dier and dier trus meluru ke arah ku n sambil kitaorg hug each others. (macam drama ok saat2 tue..hihihi) sangat comel kejadiaan tue. we hug n kissing each other (kiss pipi la). aku tak jumpa dier almost 3 yrs kot.

bila tangan dah penuh ngan barang yang diborong, maka kami pulang ke Putrajaya. lebih kurang kul 2pm gak la kami balik. sangat best walaupun dengan waktu yang singkat untuk bershopping.




pict aku n my cliq masa sesi memilih tudung



Sunday, March 14, 2010

Wistlist 2010 : Kawasaki KLX 150


Yaey..dah ader bike baru. Sang suami dah dapat his wishlist Kawasaki KLX 150..

I saw his BIG smile in his face. so happy wif his own Kawasaki. before this asyik berangan jer dier. kalu nampak jer this scrambler (rite me if i'm wrong spelling this), sudah pasti mulutnya akan mula berangan2 nak dapatkan 1.

finally last week on thursday (11 of March) he's got his bike..wahh cun sangat. aku pun sebenarnya suka sangat ngan this bike ni..cuma malas nak show off ngan sang suami kang dier ingat aku lagi beriya nak plak. Tup2 dier dah cnfirm nak n beli. tak sia2 kami pusing satu KL and Selangor nak cari dealer bike ni yang paling terbaik..hehehhe

'Sayang nanti kita balik Kg naik motor k?' ...huh? tak sanggup den nak berpatah pinggang naik motor balik Kedah..kekkekeke

erm wishlist si isteri bila lagi nak tercapai? apa eak wishlist aku? =)

Saturday, March 13, 2010

Saturday Diaries

Penat sangat harini..y? y? y?...

arini macam2 berlaku, aku amik exam, aku tak jadi pg wedding my best cliq, aku running pg Tapah then Bidor, adik aku accident la, adik aku bertunang la, dan aku sangat penat

aku akan sambung citer next entry. aku dah penat!

Friday, March 12, 2010

Twilight 3; Eclipse




Aaaaaaaaaargh.....hysteria for a second.

Sebut Twilight jer..pasti Edward yang akan terbayang di fikiranku..pastu baru lah muncul plak si Bella n Jacob. Yeah I'm big fan of Twilight Movie!..

I've clicked yahoo add at my pc, then my eyes stick to yahoo homepage. What going on bebeh? haa apalagi kalu bukan Twilight 3 ; Eclipse. It's back baby.. trus finger aku clicked for 'see more'.

haaa..dah agak dah it's will be...since New Moon episode, aku dah jangkakan untuk next episode. hahahah so jangkaan aku betul. kali ni Jacob and Edward will figth to get Bella. Im sure this coming episode mesti gempak lagi kan..and aku memang tak sabar nak tgk citer ni..

p/s : sang suami..please take note of this entry and jgn lupa booking ticket awal2 tuk si isteri tercinta ni yer when this movie launch k!

Thursday, March 11, 2010

Wow! Blogger in InTrend


Weeehooo..some of my fav blogger in Intrend Magazine.

Maybe we have to be proud of our blog coz we're acknowledge by others parties. Blog is not just a diary but it's also can be a medium to impress our emotion, knowledge, opinions and etc.

Blog have eyes which is its can see anything, blog have ear which is its also will hear everything, blog have mouth which is its can talk with everyone. Sometime it's will be open minded and sometime it will be sensitive. All it's up to us how to use the blog.

Congratulation to all blogger who listed in '50 blogger Pilihan Intrend'. I was viewing all the 50 blogs from Intrend's list and u guys have such a great blog. Those who not listed in Intrend didn't mean our blog is not interesting. Maybe Intrend 'terlepas pandang kot' or have no enuf space to list out our blog..heheh.

myra darling..congrate, u have a cute blog



Intan dearie, ur sweet blog with sweetie pie Arrisa



Astaga...Marah Tahap Maksima

Aku tak tau macamana nak impress perasaan marah dan benci aku terhadap kejadian ni.

Malam tadi seperti biasa aku akan ikuti berita TV3 untuk mengetahui segala tentang keadaan semasa dunia, dan tetiba berita tentang seorg jururawat dirogol sebanyak 3 kali oleh PAK HITAM (nige). Ya Allah berderau darah aku dan menggigil menahan marah. hanya tuhan jer yang tahu,sumpah seranah yang au lemparkan kepada mereka.

Gadis malang tersebut telah diheret dari lift sehingga ke rumah sewa pak hitam durjana itu.S**T la..Kurang ajar giler.. dan paling malang bila dalam rumah tue ader pulak gadis tempatan yang hanya tgk jer tanpa memberi bantuan. gadis tempatan tue dipercayai adalah rakan sekolej merangkap rakan serumah. eeee aku benci giler bila dengar benda2 camni.

Aku reda skit, bila dengar penduduk kawasan tue membelasah pak hitam tersebut dan kawannya yang bersubahat itu sebelum serahkan kepada polis..semua fakta ni aku dengar dari Buletin Utama TV3.

Eeeee..marahnyer ngan dorang ni. kenapa dorang perlu ada kat Malaysia ni? kerana dorang juga negara kita makin tak selamat...dah tak selamat aku rasa walaupun berada di negara sendiri..sedangkan kita jaga dan pelihara kesejahteraan negara kita, untuk keamanaan rakyat kita.


Wednesday, March 10, 2010

Stress of Meeting

I'm stress bebeh

What's next?

pretend jer ni..senyuman tak ikhlas


Winner of 'Why I Like It Longer'

Tadi bila bukak jer indox email yahoo aku, terpana seketika melihat email dari nuffnang. Wah result LG CHOCOLATE dah kuar, mari kita lihat saper yang kene...Jeng jeng..namaku tidak tersenarai dalam top 3 penerima Hp LG Chocolate.=( takper lah bukan rezeki. Mungkin ader rezeki lain kot Allah nak kasi kat aku..=).

Pemenang bagi contest ni ialah seperti nama di pic bawah..thaniah for those yang menang LG Chocolate ni yer..entry korang memang best n deserve to win this..

Congratulation guys




Tuesday, March 9, 2010

Bandung Trip : Day 4, Ayam Penyet

Walaupun kat Malaysia ni ader ayam penyet, tapi aku tak penah rasa nak makan n nak cuba. tapi bila aku sampai Bandung cousin aku sibuk soh makan ayam penyet original katanya. So aku n hubby pun try la..kitaorg makan kat PAK KARSO MIE JOGJA..fuhh meleleh air mata makan ayam penyet dier...pedassss!






teh di dalam botol..ala2 coke plak kan!


nasi goreng ayam dier begini upanya

inilah upanya nasi ayam penyet..still takder kuah,
ayam dipenyet dengan cili padi & bawang putih,
pedas sampai boleh hilang ingatan (kata sang suami)



I Miss My Bobi

gambar hiasan semata-mata

Semalam (8.03.10) petang around 6.30pm antar bobi ke bengkel yang tak dikenali. Aku tak pernah antar bobi ke bengkel sesuka hati coz aku ni seorang yang berhati2 skit ngan bengkel ni. Bukan per risau la kan coz dah macam aku baca kat email ni pasal antar keter keter ke bengkel pastu keter hilang. (moga dijauhkan dari aku..amin)

Sebenarnya aku terpaksa antar kat bengkel ni coz bengkel ni adalah bengkel favourite kakak yang dah langgar aku ni. katanya dier dah biasa n bengkel ni bagus buat kejer. so aku ikutkan ajer lah. lagipun dekat ngan umah aku. aku harap sangat takder paper yang hilang and semua yang original dalam keter aku tue still maintain.

Cepat lah pukul 5.00 pm, aku nak pegi amik Bobi pulang. hatiku resah gelisah bila tiada bobi di sisi. Hope bobi's condition will fine and i miss u sooo much darling.



Bandung Trip : Day 4, Sup Konro

Ini hari keempat kami di Bandung. Pepagi lagi dah shopping kat Pasar Baru. Malangnyer takder picha kat sana coz tak sempat. Kitaorg hampir2 giler shopping kat sana. heheheh sangat2 murah. pas penat shopping kami lunch kat Sup Konro. Memula aku terpinga2, tertanya2, apakah itu sup konro? nasib baik bukan sup binatang yang tak dikenali. Sup Konro dalam erti kata bahasa Malaysia adalah sup tulang lembu..fuh, nasib baik halal tuk dimakan. kedainya takder la besar sangat n macam kedai makan biasa jer. tapi kesdepannya sampai skang aku masih mengidam nak makan lagi.


ABC versi Bandung..lain sangat

Pulut Pisang n ketupat memang wajib ada atas meja kat kedai ni

Jeng jeng...ini lah sup konro
(sup daging yang masih ader kat tulangnya)



sedap hingga menjilat tulang..ni lah gayanya..
tak sedar diri makan sup ni