.

.

Friday, December 31, 2010

TRAGEDI 28 Dec 2010

Status aku kat fb pada petang 28 dec 2010

“ at Hospital Serdang with SEDIH mode’

sangat sedih saat tue bila aku terpaksa sorong sang suami dengan wheel chair masuk ke bahagian emergency.

pada pukul 5.34 ptg tue, aku menerima panggilan dari sang suami…dengan nada suara yang sangat susah untuk bernafas dier memeberitahuku yang dier accident.

“ yang, abang accident..(termengah2)” pabila mendengar ayat tersebut aku seakan tidak percaya lansung dan sehingga aku terdengan suara seorang lelaki india dalam talian telefon semasa dier menelefon ku yang masih on “ eh u ok tak? nak kita panggil ambulance tak?” baru lah aku percaya..

tanpa menghiraukan kelas yang masih berjalan ( hari aku final micro teaching) aku bergegas keluar dan meminta 1 of my good friend cover aku dalam kelas and bgtau my lecturer..

28122010160

ni pixa ku masa dalam kelas (dihari kejadian) ngan my classmate JUN

 

aku ke kereta dan dalam keoala ku memikirkan di mana accident berlaku dan ke mana harus ku tuju?

dalam perjalanan, suddenly fon aku berdering and the chinnes gal who got accident with my hubby on the line..

dier la yang bgtau aku yang dier skrg kat klinik bandar kinrara where the accident happend. Thank God! aku pun trus ke klinik tersebut untuk mendapatkan sang suami.

sampai jer ke klinik, that chinnes gal told me that my hubby have to go to Hospital for further check up. So that gal sent my hubby to Hosp and i’ve followed them.

Since pukul 6.30 pm aku sampai Hosp and tunggu agak lama nak xray and all the check up…adoii aku dari pagi kat Uni sampai ke malam kat hosp plak…memang penat tapi aku lupakan semua tue dan berharap agar sang suami takder paper dan selamat!

Fon aku berdering tanpa henti. letak jer dari 1 panggilan, berdering lagi..sms menimpa2 masuk dan my family and familiy inlaw tak putus2 telefon..lepas kakak, abang, lepas abang, ayah, lepas ayah, mak pula,….sampai la ke nenek, paksu, makcik, pak ngah dan makcik!

semasa di hospital, kengkawan juga turut sms dan call tuk bagi aku semangat dan medoakan keselamatan aku dan sang suami..Paksu dan maksu juga turut datang untuk menemani aku dan sang suami di hospital..

tidak kurang prihatin juga, presiden Scrambler Kawasaki KLX 150S juga turut datang ke hospital melawat sang suami.

Alhamdulillah sang suami tak mengalami sebarang patah atau retak tulang selpas di Xray…aku lah org yang paling bersyukur disaat itu. dan sang suami tidak warded..

Semasa OTW balik ke rumah aku mula bertanyakan bagaimana kejadian berlaku…sangat tragis bila aku dengar ceritanya.

katanya kereta Myvi nak kuar simpang, kemudian sang suami nampak kereta tersebut macam teragak2..sang suami ambil tindakan dengan meng HON berkali2 agar dier aware yang sang suami wujud di situ.

   lakaran accident

pastu dier keluar juga..pabila dier nampak sang suami makin hampir dengan keretanya dier memberhentikan keretanya di tengah jalan..

sang suami tak dapat nak mengelak terus langgar kereta tersebut dan sang suami melambung ke atas kereta myvi dan melambung pula ke atas jalan…(macam dalam drama tue kata sang suami)

lakaran accident 2

Aduhhh bertapa sakitnye aku rasa mendengar cerita tersebut apatah lagi yang mengalaminya.

sang suami luka di paha, kaki dan bibirnya berdarah serta hidung juga turut berdarah.Semasa hari kejadian sang suami tak dapat berjalan. Alhamdulillah hari ini (31st Dec 2010) dier dah boleh berjalan skit2…

terapi yang aku soh dier buat ialah naik turun tangga selalu..hehehehe 

163683_181413701887859_100000576922715_555638_7703902_n

kereta myvi yang dilanggar

 

167274_181414075221155_100000576922715_555644_8197863_n

68266_181413791887850_100000576922715_555642_2799050_n

sang suami semasa di hospital

28122010170bibir yang luka akibat di sagat jalan  28122010168he’s with wheel chair

Thursday, December 30, 2010

31st Dec - Bukan Cuti Umum Buat Saya

Semua orang gembira dapat cuti esok 31st dec 2010. Cuti yang diberi oleh PM sempena Malaysia berjaya menawan Piala AFF Suzuki buat julung kalinya...

Alhamdulillah dan Tahniah aku ucapkan pada pasukan Malaysia yang berjaya dalam football match smalam menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Rasanya demam bola sepak sangat kuat setakat ini. semua blog yang aku kunjungi berceritakan tentang bola sepak Malaysia menang kalahkan Indo.

Aku juga turut bangga bila kat FB masing2 nak buat nama kat jersey Malaysia. Sangat bangga ok! dulu masa world cup, semua org kat fb ader nama pada jersey country yang dorang suka kan! tapi kali ni rata2 buat nama kat jersey Malaysia..aku sangat terasa bangga dan megah dengan pasukan malaysia dan jersey Malaysia!

Alhamdulillah rezeki rakyat Malaysia termasuk aku untuk merasa bangga dan teruja dengan kemenangan bola sepak ini. bukan per sebenarnya rakyat malaysia sangat dambakan perasaan begini aku rasa..sebab tue semua org tanpa mengira ethnic sangat bangga dan teruja apabila kita miliki kemenangan yang tak pernah kita rasai...

Rata-rata ramai yang suka Jumaat 31st Dec 2010 cuti..begitu juga aku..tapi apakan daya cuti aku seperti tiada erti kerana aku kena pg kelas untuk penuhkan ilmu didada sebelum aku keluar di dunia yang sebenar untuk menyampaikan ilmu pula

Sebenarnya esok aku kena bawak sang suami pg hospital untuk rawatan dier selanjutnya dan mendapatkan laporan rawatan kesihatannya semenjak dier accident.

Malangnyer isterimu tidak dapat menemani mu wahai sang suami coz aku kene hadir ke kelas. kelas ni tak boleh skip coz kalau aku skip lagi sure aku terlepas banyak ilmu yang tak dpaat diulang lagi!

Sang suami membenarkan aku ke kelas..aku bersyukur sangat dapat suami sepertinya, tetapi diriku sangat tak sampai hati membiarkan dirinya dalam keadaan tak sihat ditinggalkan. nasib baik aku masih di rumah ibu mertua ku di mana dapat juga dier tgkkan sang suami (anaknya) ini. sekurangnya makan minum suamiku terjaga.

aku harap kelas esok habis awal dan aku boleh pulang ke rumah untuk mendapatkan sang suami dan membawanyer ker hospital..

Ahmad Bakri, segala terdaya kudrat ku ini, akan ku lakukan yang terbaik untukmu dengan seikhlas hati. cukuplah kasih sayang dan cintamu yang kau curahkan kepadaku..aku tidak dambakan yang lain kecuali dirimu dan cintamu yang ikhlas..

aku hanya mendoakan suamiku cepat sembuh agar kami boleh kembali kepada kehidupan sediakala. moga Allah makbulkan doakan agar suamiku cepat sembuh! aminnn..=)

Wednesday, December 29, 2010

OMG My Hubby Accident

‘ Sayang, abang accident!’

Ini lah ayat yang aku terima pada 28/12/2010 jam 5.38 ptg!

suamiku accident dekat Bandar Kinrara 5..OMG…hatiku berdebar dan trus beredar dari kelas. aku bergegas ker tempat kejadian tapi masih tak tau pun lagi kat mana belakunya accident tue..

bersambung next entry coz Ii’m so tired rite now!

 163683_181413701887859_100000576922715_555638_7703902_n

167274_181414075221155_100000576922715_555644_8197863_n

Thursday, December 23, 2010

Final Micro Teaching

Hukhukhuk…im so sad..

my study will be end when my lecturer annouced that is my final micro teaching!

Sob sob…

sedih coz pasni aku dah tak ulang alik ke UPM lagi…pasni aku kene practical!

huh praktikal! that is horror and i’m so scared

tomorrow is my last MT and i will do the best for my self and my next status in my life!..

Ya Allah ya Tuhanku permudahkan segala perjalanan ku esok..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik…aminn..

1

Wednesday, December 22, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

mas’z favourite…dengar jer asam pedas ikan pari sure dah terliur..kene plak sang suami request soh masak..lagi la tak tahan…masak sendiri plak tue lagi la suka coz aku bleh buat ikut citarasa aku pekat, pedas, masam dan sedap ikut mulut aku…=)

TAK NAK PADA NASI bukan tuk arini yer 22 dec 2010..heheheh

hari ni aku dah langgar azam aku tak nak makan nasi..apakan daya hidup berumah tangga kene masak, layan suami makan dan mesti duduk bersama sang suami waktu makan.

tak tahan weh tgk lauk asam pedas ikan pari dengan ikan pekasam dan ulam2 ulaman…adoii tak sanggup aku say goodbye to NASI…

so aku makan juga nasi walaupun sikit coz nak makan asam pedas ni…sedapnya..masuk lift tekan naik sendiri la kan…sang suami sampai 2 kali tambah! katanya asam pedas aku sama macam asam pedas mak dier..hehehehe

air tangan si isteri kan…aku kalau ader masa jer takkan lepaskan sang suami makan luar nyer la…pasti aku akan masak. kecuali aku bz n penat giler ngan kelas n assignment!

picha di bawah ni asam pedas maszmerah yang aku sempat aku snap..alamak pekasam tak dan nak snap coz tak sabar dah makan…

CIMG2753

asam pedas maszmerah

Rambut Panjang

  edit

 902104628l

masme

oh rambut panjang,

saya sangat rindu kamu….cepat la panjang wahai rambut..saya ingin kamu. saya ingin stailkan gaya mu..saya ingin belai mu di dadaku…pulanglah wahai rambut panjang…

miss u…

dok belek2 picha lama, tetiba aku sangat rindu pada rambut panjang..sang suami pun dah bising2 cepatlah rambut panjang katanya..

adoii bila sang suami dah berbunyi mesti dier juga rindukan rambut panjang ku!

takper aku rambut aku ni sebenarnya cepat panjang so tak kisah sangat la maybe dalam 6 month aku boleh dapat rambut macam picha atas..ngeeee harapan tuk sang suami…hehehehe

paper pun aku suka juga rambut skang n sangat suka rambut panjang =)

Tak tahan !

tanamkan azam TAK NAK PADA NASI…

idea ni timbul bila aku ader masa dalam minggu lepas coz last week aku ader kelas 2 hari sahaja…so aku gunakan masa n hari yang takder kelas dengan dok pening kat umah siapkan assignment!

Ya ampun assignment aku sangat mencabar minda. aku kene siapkan 2 thesis n a lot of short assignment . mak datuk banyak nyer…presentation menunggu masa jer ni

di saat pening2 lalat, tue baru aku rasa badan dan minda ku letih berfikir..adat belajar kan!

masa azam aku timbul ialah waktu aku membelek magazine CLEO..

CLEO ini magazine wajib aku setiap bulan..walaupun tak sempat baca bulan ni aku akan baca pada bulan depan…hehehehhe

macam idea ni timbul la…minggu lepas aku baru bukak CLEO yang aku beli last nov…hehehehe i’ve read last month CLEO in this month..kekekeke

belek punya belek terjumpa satu part makan NESTLE FITNESSE..

apa lagi mula azam nak makan benda ni jer..nafsu membuak2 tak nak makan nasi..hehehe

CIMG2706 CIMG2709 - Copy CIMG2711

berbekalkan azam aku ini..trus aku pg beli NESTLE FITNESSE ni…tgk la baper hari sangat aku tahan makan benda kn!

toink* dengan harapan berat aku turun seminggu 2 kg…=)

2

boleh tahan kah aku? di saat aku menulis blog ni sang suami request esok soh aku masakkan asam pedas ikan pari..ya ampun feveret tue..tambah plak ader ikan pekasam plak kan kat umah…sangat teruja untuk aku makan nasi…owh Tidak!

aku sangat tak tahan….nak juga telan nasi bila lauk yang dihidangkan sangat sedap dan membuka seleraku…

tgk esok camner yer…aku akan update samada aku akan makan nasi atau tak..tapi hari ni sangat berjaya coz aku tak makan nasi lansung!

Tuesday, December 14, 2010

Tomyam, Demam & Pregnant

Since 30th Nov aku asyik nak makan tomyam jer….tekak aku rasa hanya tomyam jer la yang mampu aku makan.

On 2nd Dec aku demam rupanya…sangat sakit tekak dan suara aku pun mula bertukar…biasanya kalau demam suara aku takder la bertukar sangat coz aku demam kejap2 jer..

kali ni rasa macam demam teruk jer…aku tetap ke klass pas habis kelas jer aku trus ke pusat kesihatan Uni nak dapatkan rawatan..malangnyer nurse2 kat PK cakap

“ adik balik la dulu datang kemudia coz patient ramai!’

aku bersabar dengan harapan nak datang esok plak…

keesokkan harinya (friday 3rd Dec) aku masih demam n makin teruk lak rasanya…aku tetap ke kelas coz taknak miss class…pas kelas trus pg klinik lagi…perkara semalam berlaku lagi…aku ke PK dan di suruh balik coz patient ramai….

OMG…i hate ittttttttt……

disebabkan menyampah sangat dengan service kat sana aku trus jer ke private clinic..baru puas hatiku!

sampai jer sana…doc check katanya aku dijangkiti virus apa ntah…n sangar bahaya kalau dibiarkan boleh terkena H1N1…adoooiii seram kot….doc kata jgn takut coz virus ni baru boleh di healkan dengan bagi antivirus nyer….so dia bagi satu injection kat bontot aku…aoiiii sakit nyer bontot!

keesokkan 4th dec aku balik kg coz on 5th my lil bro nak kawen…so sampai kg semua tanya aku demam ker? n semua yang tanya demam ker tue semua cakap…’ haaa pregnant kot, demam teruk sangat ni?’…adoii aminnn moga masin mulut2 aunty aku ni…

balik dari kg plak asyik nak makan tomyam juga….

demam tak juga kebah2 dah lebih 5 hari ni…sok nyer pg PK lagi….sebab dah pg private clinic pun sama juga tak baik demam..aku tegar dengan amik keputusan nak mengamuk kat PK kalau tak dapat jumpa doctor

heheheheh..nasib aku baik arini coz aku dapat jumpa doc n dapat banyak ubat..doc kata aku dah kurang skit demam..n dier kata kalau ader bintik2 kat badan aku, aku kena wat bloodtest. tapi alhamdulillah aku takder paper…

Alhamdulillah mujarab juga ubat kat PK ni…after aku makan ubat n keesokkan nyer aku rasa makin sihat suara ella aku pun dah hilang….errmmmm makin sihat!

tapi mengidam tomyam masih ader…hisssh tak bleh jadi ni..kene juga wat pregnancy test..

aku pun buat la PT ni…tapi malangnyer bukan rezeki lagi kan! masih belum preggy la aku..maybe next time kot…CIMG2648

- VE

takper la…aku terima seadanya apa yang Allah tentukan….InsyaAllah nanti ader juga rezeki aku…=) yang penting sabar, teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

Sunday, December 12, 2010

12.12.2010 My Hubby’s Turn

image

Happy Birthday Sayang….

I love you so much til this moment n forever

Thanks for being me ur wife, ur galfren and ur mom’s doter in law..=)

sayang tak der kasi aper pun eak hadiah! opps ader tapi sayang simpan dulu…nanti sayang nak buat suprise party tuk abang…baru hadiah tue kuar! toink*

arini my hubby’s turn going older..neway Alhamdulillah, kami dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki hingga saat ini…syukur sangat walaupun dalam keadaan sederhana, aku n sang suami hidup dalam keadaan penuh kasih sayang dan bahagia atas limpah kurnia Nya..

hanya aku berdoa agar aku n sang suami dimurahkan lagi rezeki kami untuk menimang cahaya mata..aminnnn

I love you Bugs <3

Kenapa Org Pandang Rendah Pada Yang KECIL?

pengalaman ku bukan sekali dua..tapi berkali2…

setiap kali aku nak isi minyak pasti RON 97 menjadi pilihan ku..bukan aku kaya untuk isi minyak mahal tapi kereta aku lebih jimat dengan memakai RON 97 dari RON 95.

Aku dah buat ujikaji kalau aku isi minyak RON 95 untuk ulang alik dari rumahku Kinrara ke Putrajaya (since memula ron 95 dikenalkan semasa aku bekerja di Putrajaya dulu)sebanyak RM45 untuk seminggu. Tetapi bila aku guna RON 97 hanya RM30 sahaja seminggu and siap jejalan di waktu lunch lagi.

so sampai la arini aku masih menggunakan RON 97 walaupun harga dier dah naik dari RM2.05 kepada RM2.30…

biasanya aku ke stesen minyak, selalu jer kene tegur…

contohnya

"kak..ni minyak RON 97 tau!’

“Kak, pam ni untuk RON 97 sahaja!”

“Kalau nak isi minyak kuning tak payah la nak berhenti kat pam yang ader hijau’

“Eh akak nak isi RON 97 ker?”

Mentang la aku bawak BOBI a.k.a Viva jer…semua org ingat aku ni tak mampu…kereta kecil cam aku bawak ni tak layak ker nak pakai minyak RON 97?

Hissshhhh..sepatutnya org2 petrol pam tue patut suka la kalau banyak org yang macam aku ni coz boleh kasi dorang untung!

Tapi biasalah manusia kan…suka pandang yang besar itu kaya! yang besar itu berduit! yang besar itu perlu dipandang tinggi!….aku tak cakap semua manusia tapi ader segelitir golongan sebegini….

Walaupun aku kecil, sekurangnyer aku tak pening nak fikirkan maintainance yang tinggi, service yang mahal, minyak yang banyak perlu diisi..

Biar kecil asalkan hati senang…! =)

Saturday, December 11, 2010

07 Dec 2010…..I’m 28 yrs

 

j0384668Birthday_cake copied from google

 

Dah tua dah aku ni….hikhikhikhik…happy beday masz!

on 07 dec 2010..aku baru sampai dari kedah since aku balik kampung adik lelaki ku kawen..

aku sampai KL kul 1.20 pagi on 07 dec tue..

planning aku n hubby nak celebrate my beday sok siangnyer…

malangnyer demam aku yang start last thursday (1 dec) tak baik2 lagi..banyak sangat makan daging kot kan!.. so aku setakat duduk lepak umah jer lah on my beday…aku tak kisah sangat coz nanti2 pun boleh celebrate lagi.

phone aku asyik berdering dan sms bertalu-talu masuk coz ramai sedara n kengkawan wish me happy beday…thanks to all for the wishes…

Aku sangat bersyukur, coz dapat hidup dengan aman, makmur dan bahagia sehingga umurku 28tahun. Alhamdulillah, Allah berikan aku kesenangan dan kebahgiaan ini. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di bumi Allah ini.

agak terkilan sebenarnya coz tak dapat bake cake tuk Irdawati…Irda darling, maaf sesangat tak dapat bake cake for u coz masz demam n tak larat sangat!

talk about prezzie…memang best dalam aku demam2 ni pun dapat adiah best from ma Hubby…I love you sayang coz u noe what in my mind…heheheheh muahhhh

patutlah sebelum ni asyik dok tanya fon apa yang aku suka…hehehehhe aku cakap nak iphone..kalau tak dapat iphone pun, Nokia C6 pun ok…rupanya nak beli hadiah tuk aku..hihihii…

Thanks Bugs!

CIMG2644

Prezzie : Handphone

Model :Nokia C6

Color : White

Sangat Lama

Sangat lama aku tak update diari hidupku di sini…

so many things yang berlaku n aku terlupa nak memorikan dalam blog ni…pasti aku lupa kan!

hisssshhh bz sungguh aku…memang kalahkan PM..

PM yang bz tue pun ader masa nak update blog kan!

neway aku nak update yang aku dah rindu sangat nak type kat blog ni..nak memorikan apa yang berlaku dalam hidupku…

smalam aku baru noticed yang aku terlupa apa yang berlaku kelmarin…omg..muda2 dah lupa

sebab tue aku terfikir kalau aku semadikan dalam blog sure aku boleh ingat kembali apa yang aku dah lupa kan!

ok, tuk entry pembukaan ni aku update yang ni dulu…banyak nyer nak tulis ni…tapi nak pi sidai baju n masak dulu..pastu update balik!

picha latest aku…toink*

21112010046