.

.

Thursday, March 31, 2011

Saya Bimbang!

Hati ini tetiba berasa sesuatu! Mungkin aku penat sangat kot sebab tue fikir yang bukan! aku terfikir sesuatu yang buruk...tapi bukan untuk sekarang tapi akan datang...Ish jauhkan lah dari aku! kenapa aku berasa begini? Ya Allah ya Tuhanku...moga dijauhkan aku dan keluarga ku dari segala bencana...lindungi kami dibawah rahmatmu...aminnnn

Wednesday, March 30, 2011

Cake of the day

280320111294

bahagia rasa hidupku dapat makan Hi Fibre Cheese Cake

280320111296 280320111292  craving for this cake..i dunno why! berminggu2 dah asyik nak makan kek ni jer..nak kata preggy, MEMANG tak la! (ngah red flag)

Tapi paper pun, aku tetap sukakan kek ni…love it!

 

Tuesday, March 29, 2011

Craving for Ramen Noodles

Craving for RAMEN Noodles ! Bukan aku tapi sang suami.

Apa tue Ramen? Ramen tue sejenis makanan jepun, ala macam mee sup la (aku agak jer). kalau tak salah aku.

aku pun tak penah makan. and sang suami pun tak penah makan tapi mengidam.

Inilah penangan selalu sangat tgk citer N A R U TO  S H I P P U D E N. macam budak2 kan!

aku boleh jer terima since we have no kids ni.

Ok back to Ramen Noodles. Sang suami dok mengajak aku makan makanan jepun ni since dier baca paper apa ntah kat umah in law au last week. ader citer pasal makanan jepun yang halal kat Malaysia ni.

Nama Restaurant tue O-Shima, terletak di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. (mesti semua org tau Plaza Alam ni kat mana kan! ala kat Sri Pentas 2 tue)

So we decided to jalan-jalan cari makan la on Sunday. Saturday tue memasing bz dengan activity masing2.

aku bz ngan biznes, sang suami plak bz dengan motorcross nya!

Ahad adalah hari bermesra-mesraan dan jalan-jalan cari makan (macam masa bercinta plak)

Sesampai di Plaza Alam Sentral ni agak berpusing kami cari kedai O-Shima ni. Pusing punya pusing sampai la masuk satu kedai perabot kat Plaza ni (masa kat kedai perabot ni memang dah kecewa abis la coz tak jumpa)

Sambil dok tgk perabot kat kedai tue, aku ringankan mulut bertanya dengan sorg sales girl kat situ.

‘ dik, (perasan tua, tapi muda lagi ok!)  kat sini ader tak restoren jepun? ermmm namanyer apa ntah shima-shima?’

Sales girl tue menjawab “OOoooo O-shima la kak! ader kat bawah kat luar tue depan bangunan ni”

aku dan sang suami apa lagi, bertukar wajah la dari jadi sang kancil bertukar menjadi Serigala yang kelaparan.

hehehehehhe

tapi Malang menanti kepalang ( peribahasa yang tak betul..jgn tiru ok!)

dari wajah serigala menjadi semut…kecewa bukan kepalang bila tgk  kedai yang dicari separuh nak mati tue T U T U P

uwaaaaaaaa…yang paling kecewa adalah Sang Suami la..

so dalam rasa kecewa tue nak juga makan. kebetulan depan kedai tue ader Thai Fusion Steamboat. so layan jer la steamboat walaupun aku memang tak berapa gemar skit steamboat ni. 

270320111281muka kecewa

270320111278  aku jer maintain ceria (konon)270320111279 270320111280  270320111282 270320111283 270320111284270320111289

the pictures..layan jer!

Monday, March 28, 2011

Suamiku at KOSMO

Sebulan pasti ader satu hari weekend, aku ditinggalkan keseorangan kat rumah.

sang suami akan pergi Motocross Trail nya kat memana hutan atau track.

biasanya tempat yang dia slalu pergi ialah Hutan Kemensah dan Bukit Ramli kat Shah Alam.

Hobinya dan kengkawan mendapat sambutan meluas skang ni coz dah ramai yang suka ber SCRAMBLER ni dan join extreme activity like masuk hutan, redah sungai dan lompat melompat kat track motocross la…

Last saturday, cam biasa aku kuar beli breakfast dan beli paper.Kuar sesorang coz sang suami pg trail kat Shah Alam. Biasanya aku akan beli The Star dan Berita Harian juga tatapan dipagi hari. Tetapi sabtu lepas aku tergerak nak beli paper KOSMO

dah balik umah tue..biasalah, aktiviti membelek paper dimulakan. belek punya belek tetiba terpana mataku pada satu sudut!

WHOOOAAAAA! sang suami dalam paper KOSMO. hehehehe

tak sangka hobby nya ber motocross ni masuk gak paper..tanpa berlengah lagi trus aku snap the picha and nak simpan buat kenangan.

heheheheeh…hai la sang suamiku..tetiba bangga plak aku!

270320111247270320111246270320111238270320111244270320111239 270320111243     sang suami yang paling tengah dengan tangan ber PEACE

Sunday, March 27, 2011

Aku bernasib baik…fuhhh!

Kalau tidak tak tau aper jadi….260320111234

picha dalam keter ngah tunggu traffic ligth

Alkisahnya petang semalam (sabtu) dalam pukul 3 petang aku kuar hantar kek sesorang…sang suami bz ngan Motocross nyer..

aku hantar ke Shah Alam dan Pinggiran Cempaka Ampang.

nak dijadikan cerita on my way to Cempaka nak antar 2 biji kek ni…aku hampir-hampir dilanggar oleh sebuah kereta ‘giler’ yang besar dah gah juga la

Kejadian berlaku di bawah flyover dari KLCC nak ke MRR2..(taktau nama tempat) yang aku tau kalau ke kiri pg Suzi Corner, kalau ke kanan ke MRR2 menghala ke Pandan..aku ke kanan la coz nak ke Pandan

adoi!…tapi aku yakin aku tak salah kerana aku di jalan yang betul

tapi aku cuak memang tak hengat ok!

nasib baik aku boleh control kereta time tue n trus meluncur laju walaupun aku nampak kereta tersebut memang dah dekat bangat nak langgar kereta aku!

kalau la aku tetiba terbreak ker? memang….tak tau la apa dah jadi aku time tue…ntah2 dah kat Hospital Ampang @ Balai Polis Ampang @ Workshop memana la….

kereta ‘giler’ aku gelarkan tue memang laju giler dan B***H…..eeeeee geram kot! Bengang ni!!!!

Alhamdulillah aku takder paper and takder sebarang kejadian yang mengerikan…fuhhh bernasib baik!

almost Ini lah gambarannya…

Saturday, March 26, 2011

Cikgu Patung

Pujian melampau dari student…..’Cikgu ni cantik macam patung la …

tak tau la pujian atau kritikan! tapi aku tetap melayang tinggi di awan awangan…ngeeee

250320111123

inilah wajah aku yang dikatakan macam patung….ngeeee

patung hidung penyek ader la…hahhahaha

Mode; nak shopping!

4

harini saya nak shoppppiiingggggg tapi bz…ngeeeeeee! gamabr di atas tiada kene mengena dengan harini coz ini gambar semalam…=)

tapi saya nak shopping harini! Sang suami tolonggggg!

Thursday, March 24, 2011

Menangis dalam kelas!

Student : Bangun! Selamat sejahtera cikgu.

Teacher : Selamat sejahtera. Sebelum kamu semua duduk, sila pastikan bawah meja dan lantai tiada sampah. Kalau saya jumpa sampah saya akan suruh kamu makan! (mood cikgu suam-suam kuku)

Student : Cikgu dah bersih!

Student lambat masuk kelas (5 org) : Assalamualaikum cikgu!

Teacher : kamu semua yang masuk lambat ni berdiri kat depan...(sambil guru round satu kelas check sampah). Ok kelas, semua buka nota peta minda yang cikgu minta kamu siapkan kelas lepas (kelas ari selasa).

Student A : cikgu saya tak bawa buku
Student B : tak siap lagi cikgu
Student C : buku tertinggal la cikgu
student D : buku teks hilang
Student E - Z : terlupa la cikgu.

Teacher: yang tak siap berdiri....apa korang semua nak jadi ni? keputusan periksa kalau semua dapat A saya tak kisah la kalau tak nak buat homework yang saya kasi, ini takder lansung.. yang dapat B pun hanya 2 org jer....bila saya bagi muka kamu pijak kepala saya. Apa yang kamu nak saya bagi..Kamu nak makan gula2 dalam kelas pun saya benarkan, kalau cikgu lain jgn kata nak makan gula2 nampak sampah plastik gula-gula pun kamu dah kene tengking tau! suruh hantar buku, mesti ader jer pelajar yang tak antar! dah bulan berapa ni??? Alasan buku tak beli lagi? nak belajar atau tak? kalau taknak kamu boleh keluar skang! (fuh berderau darah...rasa nak nangis pun ader ni)

nada cikgu sangat garang dan menakutkan!
student terkasima dan diam bagai malaikat maut lalu ok!


Teacher : lepas ni dalam kelas saya kalau kamu taknak belajar dengan segala hormatnya keluar k. saya tak marah!...dan jangan marah saya kalau lepas ni saya tak kan lagi nak amik tau pasal kamu. dan kalau kamu tak suka saya mengajar kamu, saya boleh serahkan semula pada cikgu asal kamu (guru pembimbing aku la tue...hehehehe berani cakap coz aku kan praktikal and 4 weeks left to go)


Student : Cikgu maafkan kami...Kami janji cikgu tak buat lagi...Cikgu tolong jgn tukar la...kami sayang cikgu, kami suka cikgu...plessss cikgu!

Student : kami sedar cikgu salah kami....maafkan kami cikgu.

Student : Cikgu please...dont go! we love you

Oh! ader perasaan rupanya student aku!


Wednesday, March 23, 2011

Tanggujawab yang besar

Tanggungjawab adalah Amanah!

itulah kata-kata keramat yang perlu aku ingat sepanjang bergelar guru.

bukan senang nak jadi guru dan bukan susah nak sampaikan ilmu.

tapi setiap amanah yang ditunaikan, setiap ilmu yang disampaikan, keikhlasan adalah sangat penting supaya apa yang dibuat diberkati dan di redhai..

senang berkata2 tapi sukar untuk di ertikan…ala, kekadang aku pun jadi tak ikhlas bila marah sangat ngan perangai student ni..

memula aku sangkakan sebagai cikgu jurusan teknik dan vokasional ni senang..yer la boleh menjahit, masak, bercucuk tanam, pasang bukak elektrik, test2 lampu jer…

hakikatnya sangat la berat…tanggungjawab yang dipikul tak seindah khabar yang di dengar.

fuh…kalau cikgu sains ni pegang makmal sains jer…tapi Cikgu E R T pegang 3 makmal ok!

1. Makmal Jahitan

2. Makmal Masakan

3. Makmal pengurusan kediaman

uiiii …banyak norrrrh kene jaga. kalau ader barang hilang, barang kurang dan barang tak cukup…cikgu ERT kene tanggungjawab.

kalau student terkena api, terpotong jari, terhiris tangan atau melecur kene minyak panas…cikgu ERT kene tanggungjawab

kalau student tersangkut jari ngan jarum, terpijak jarum, tergunting baju sendiri dan rosakkan mesin jahit….cikgu ERT bertanggungjawab…

fuuuhhhhh berat tak? dengar mungkin remeh tapi bila nak hadapi, tanggung sendiri la kan…gerun kot!

Ini lah guna praktikal….supaya aku sebagai guru ERT boleh belajar dari guru-guru ERT yang dah O T A I !

Tak seindah biasa, tapi nikmat yang luar biasa kan bila apa yang dipoertanggungjawabkan ini dapat ditunaikan dengan ikhlas dan baik =)

  230320111110

makmal pengurusan kediaman: kat sini pelajar akan belajar macamana nak uruskan kediaman mereka dari ruang tamu sampai la bilik tido + tandas skali

0103201171901032011706

makmal jahitan: di sini pula pelajar akan belajar selok belok tentang jahitan..dari jahit perca kain sampai jahit sepasang baju

09032011842 09032011843 09032011844 09032011846

makmal masakan: tempat paling student suka coz dorang tak sabar nak masak. ngeee aku pun suka coz boleh asah bakat masak aku ni..hehhehe. kat sini pelajar akan belajar memasak dari masak air sampai la masakan eastern and western.

Tak Menjadi!

Alahai…tak jadi pulak..

alkisahnya semalam aku nak masak untuk dinner.

terkecur air liur tgk masak lemak cili api ikan kat Kantin Sekolah..

balik umah, apalagi buka fridge tgk apa yang patut tuk masak lemak cili api la..

220320111096220320111097

kebetulan ader ikan duri + terung yang dah kecut skit + tomato yang masih segar..

trus aku kuarkan dan buat masak lemak cili api la…

tengah asik masukkan santan + cilipadi + bawang + serai + kunyit dalam periuk, tetiba telefon aku berdering kuat plak

so aku pun tinggalkan seketika masak lemak aku di atas dapur yang berapi tue…

terleka plak cakap coz org call nak tempah kek kan!

lepas letak fon jer trus teringat masak lomak aku nie..Haaaaa sudah masak lomak sudah menjadi kari upanya…heheheh

santan dah mendidih lama sangat dan sehingga pecah abis minyak..maka bergenang minyak di dalam masak lomak cili api ni…

ampun sang suami, masak lemak tak menjadi plak hari ni coz si isteri bz berbisnez,,,heheheheh

tapi licin jer makan nyer …=)

220320111098

tgkla..ini lah masak lemak tak jadi tue..bergenang minyak atas kuahnya..

220320111104    aku goreng ikan kering sebagai pembuka selera

Monday, March 21, 2011

Dinner at Wadihana Islamic Kitchen

Isnin yang letih dan penat..

aku pun mula la penyakit malas nak masak coz penat di hari Isnin. So decided makan kat luar je dinner arini.

menjadi masalah kalau dah bosan nak makan kat area rumah…so jejalan sampai lah ke Bangi..

Memula nak makan kat Restoren Cina Muslim Abdullah Chan tue..tapi malangnyer tutup plak arini. bukan rezeki nak makan kat situ kan!

pastu jumpa satu kedai namanya Wadihana Islamic Kitchen.

aku and sang suami nak try la kononnya…

boleh tahan sedap juga makanan dier…Erm worth it la,spent RM24.60 for 2 pax..=)

aku makan Mee Goreng Pak Syed (macam mee goreng mamak lebih kurang), sang suami makan Nasi Goreng Ah Pow (nasi goreng cina) dan we all minum Calamansi Asam Boi..

Restoren ni terletak di Bandar Baru Bangi…dan kedainya satu building dengan Ice Room. Kedainya terletak di corner lot belakang Ice Room. kalau round2 bangunan tue sure jumpa nyer la..

21032011161 21032011162

21032011163  Bosan tunggu food (lapar dah ni)21032011166

Calamansi Asam Boi

21032011170

Mee Goreng Pak Syed

 21032011171 21032011173 

21032011172 Nasi Goreng Ah Pow

170320111072

Kenyang sudaaaa…jom balik darling