.

.

Thursday, April 28, 2011

Farewell Party ~ Suprise!

Terima kasih Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai.

OMG, I’m so proud be 1 of SMKPPm. walaupun hanya 12 minggu aku di sana, tapi apa yang aku dapat bagai 12 tahun mengajar.

Aku sangat bersyukur bila mendapat seorang guru pembimbing yang sangat baik dan selalu membantu aku dan rakan seperjuangan (Cikgu Anis, guru praktikal UPM juga), guru-guru lain yang tak jemu melayan aku yang selalu bertanya, memberi tunjuk ajar kepada ku yang selalu saja minta di ajar.

Bagiku cukup sudah dengan ucapan penghargaan dan bukan jamuan besar-besaran yang aku impikan…

Aku sangat terkejut pada pagi hari terakhir (Jumaat 22 April 2011) latihan praktikal aku. Sedang aku mengajar kelas tingkatan satu sapphire, tetiba Cikgu Anis datang ke kelas bgtau pengetua nak jumpa kat Bilik Pengurusan Kediaman. Tekejut mak nyah tetiba pengetua nak jumpa.

Sesampai aku kat sana, ya ampun, sangat tak sangka rupanya ader suprise farewell party from pihak sekolah dan guru.

Wow..aku terasa sangat dihargai dan diterima oleh pihak sekolah akan kedatangan kami ke sekolah SMKPPm ini.

sangat tak sangka…bukan party jer tapi tak lupa juga hadiah tuk aku dan Anis.

alahai nak menitis air mata bila diraikan begini skali.

paperpun T E R I M A  K A S I H yang mampu aku ucapkan kepada mereka semua dari Pengetua hingga la pelajar yang banyak membantu saya dalam mempelajari dunia perguruan ini.

Makanan untuk party ni sangat la banyak coz dorang senyap2 plan potluck skali..sampai tak termakan la aku ni…

Camera Sony 22

Menu Utama; Nasi Lemak + Ayam Goreng Berempah, Soto, Roti Canai,Fruits Tartlet, Kek, Puding Roti dan macam lagi la…

DSC08653

Thanks Puan Pengetua (who wearing Pinky Baju Kurung)..mudakan pengetua saya

Camera Sony 23

saya pakai shawl hadiah from my lovely student Myra from 1 Sapphire..=)

Camera Sony 24  The Teachers..who always be wif me when i need them..

Thanks a lot for ur co-operation my sista

Wednesday, April 27, 2011

Dinner for couple

Malam tadi pg JJ kat umah aku ni…pastu ingat nak dinner kat sana jer..Owh since nampak Sushi King jer trus nak makan sushi..

“OOOpppsss tapi malam ni ader citer ASMARA la..” aku yang berkata2 kepada sang suami…

so sang suami suggested beli sushi kat JJ then balik makan kat umah sambil tgk TV..

Ini la our last nite menu for dinner…simple and kenyang..=)

260420111553 260420111552260420111551260420111550

Tuesday, April 26, 2011

Mama Jeles Maksu

heheheheh…

‘Adik ni kalau maksu amik gambar dier, cantik jer possing nyer..kalau mama nak amik gambar dier bukan main susah nak stay apatah lagi nak senyum!”

hehehheheh..ungkapan my sil pabila aku dok asyik amik picha anak dier ni…

Ini sayang maksu kan….Irdina sayang

 230420111528 230420111529 230420111537 my lovely niece

Farewell Party ~ Part 1

Minggu lepas adalah minggu terakhir aku kat sekolah praktikal aku.


so minggu lepas perut aku muncit daripada biasa la coz banyak sangat makan


bermulanya dengan pelajar kelas Tingkatan 1 Sapphire. Ini memang kelas pure ERT yang aku ajar.


Aku sangat berbangga dengan kelas ni coz diorang memang menggunakan sepenuhnya apa yang aku ajar. nampak sangat apa yang aku ajar mereka faham..


dan aku tahu mereka juga sangat bangga dapat cikgu macam aku coz feedback yang aku dapat, adalah aku seorang guru yang membuatkan mereka suka dengan mata pelajaran KHB. dan sehinggakan aku dapat banyak hadiah


walaupun hadiahnya kecil tapi sangat beharga buat aku..inilah APC bagi aku seorang cikgu practical.


sangat sedih bila mereka datang kepadaku dan mencium tanganku sambil memohon agar aku tidak tinggalkan mereka.


adoii syahdu…


paperpun terima kasih sangat kepada satu sapphire kerana memberi kerjasama kepada Cikgu Masz dalam menyiapkan dan menjalankan praktikal cikgu di dalam kelas kamu


DSC08549


macam artis la rasa bila dorang semua nak amik gambar cikgu..


weeeeeeee



Camera Sony 2 Semua nak bergambar dengan cikgu



Hari yang sama juga, Kelab ERT turut mengadakan jamua ringkas sempena aku dan cikgu Hanis (seorang guru prktikal lagi) akan mengakhiri pengajaran di sekolah ini.


sangat tak sangka sampai ke Kelab pun nak buat farewell party untuk kami guru praktikal ni...inilah yang dikatakan org berbudi kita berbahasa kan…


Makanan yang simple dan sedap dihidangkan kepada kami. dan aku sangat tak sangka walaupun hanya 12 minggu aku di sana, tetapi kami di raikan seperti dah 12 tahun di sana.


Aku terasa sangat dihargai dan diterima di sekolah tersebut dari guru hingga ke pelajar.


Camera Sony 21 DSC08560 ahli kelab ERT



DSC08563 DSC08577 Hadiah dari Tingkatan Satu Sapphire


terima kasih sayang-sayang cikgu.

Monday, April 25, 2011

Last week (18th – 24th April 2011)

Adalah minggu yang sangat sedih.

1. Aku terpaksa meninggalkan sekolah yang aku sedang menjalani praktikal coz dah abis 12 minggu

2. Terpaksa meninggalkan pelajar kesayangan ku..

3. Pemergian seorang kenalan

Semua ni dugaan buat aku yang bernama hamba Allah. Semoga apa yang berlaku menguatkan lagi semangat aku untuk mengharungi hidup ini.

Semua yang jadi adalah ketentuan Allah S.W.T


Perginya Seorang Kenalan

Al Fatihah…

Yang hidup pasti mati..

Setiap pertemuan ader perpisahan…

itu lah hakikat kehidupan di Bumi Allah S.W .T. Kita hanya menumpang sementara di sini..

Minggu yang sedih bila menerima khabar berita seorang kenalan aku pergi meninggalkan kami semua.

Allahyarhamah Leez adalah seorang kenalan aku tetapi kawan kepada sang suami.

Sebelum arwah meninggal dunia, aku dan sang suami sempat melawatnya di HKL pada hari khamis yang lepas dan tanggal 23 April 2011, beliau menghembuskan nafas terakhir selepas masuknya waktu Maghrib.

Innalillah hiwaenna illaihirajiun…

tak dapat aku ungkapkan setelah menerima berita kematiaannya.

Beliau pergi di usia 29 tahun.

Aku dan sang suami memberi penghormatan terakhir untuk Arwah hingga ke Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas.

Perasaan sedih menyelubungi hati ini. Terasa amat sedih dan tersentuh pula pabila Imam membacakan TALKIN yang membuatkan aku begitu insaf akan kehidupan di dunia ini hanya sementara.

Untuk keluarga arwah, takziah diucapkan dan banyakkan bersabar kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Allah..segala penyakit yang dialami oleh arwah hanyalah penyebab untuk pemergiannya.

“ Ya Allah Ya Tuhan ku, moga Kau letakkan kenalanku ini kalangan orang-orang yang beriman”

Amin

Friday, April 22, 2011

Heavy Supper

10.15 malam

Sang Suami : Sayang, abang lapar la….

Si Isteri; Huh? lapar lagi ker?

Sang Suami; abang teringin nak makan roti john la..

Si Isteri ; Apa? Roti John? mana nak cari tengah malam ni..pasar malam pun dah tutup..

Sang Suami; taknak pasar malam..nak sayang buatkan!

Si Isteri; Ok…( sambil berjalan ke dapur dan sambil mengomel “ mengidam la tue, moga2 ader baby dalam perut aku…hehehehe)

290320111300 Sebelum di letakkan sos and mayonis tambah skit sosej..kasi Ummp!

290320111301

Ini lah Roti John Reflisia…hehehehehe

 

 

Thursday, April 21, 2011

Benda di Idam..kini milik saya

weeee…dah berbulan teringin nak!

tapi malas nak buatkan…nak request kat mak mertua..M A L U !

takut plak mak mertua kata pemalas plak kan..coz asyik sangat request masakan itu dan ini…hehehehehe

tapi nak tunjukkan rajin skit tanya jer la resepi macam mana nak buat SERAWA DURIAN + PULUT ..padahal mak sendiri dah berulang kali ajar…heheheheh

Sayangnyer perasaan malas menyelubungi diri…maka tahan jer la kempunan ini.

Alhamdulillah, apa yang dihajati dapat juga makan semalam kat kantin sekolah..so yummy

sedap hingga dihirupnya serawa durian (tak senonoh tul cikgu ni)…nasib baik kat kantin tue aku jer ader…heheheh so takder la nak malu sangat…malu ngan diri sendiri jer..=)

200420111499

Wednesday, April 20, 2011

Menu Dinner Sempoi

Ya ampun..hanya tuhan sahaja yang tahu betapa letihnya aku pada minggu terakhir praktikal ni.

Rasa nak tido jer bila balik from sekolah. Tapi tugas seorang isteri tak boleh diabaikan. Hari yang meletihkan aku dan menu untuk dinner pun sempoi jer.

Kari telur + tomato, ikan pekasam, sambal belacan + durian skit dan ulam pucuk putat (import from kampung)…

ini sahaja yang aku mampu masak..=)tengah masak pun menggigil satu badan coz penat sangat kot

janji hati suami senang bila balik kerja, tengok si isteri dah sediakan makan malam di atas meja makan.

 

DSC08174

Tuesday, April 19, 2011

Mode; Sedih lagi!

Dier datang lagi..

aku tak suka perasaan ni. tambah pula perpisahan yang dijangka...lagi la tak suka!

I'm gonna miss my student like u darling..

cerita panjang next entry yer...skang ngah penat giler




Saturday, April 16, 2011

Property – Semi D, 2 Storey House

Alhamdulillah…

aku sangat bersyukur kerana dapat miliki rumah idaman di usia akhir 20an (in my 2011 wishlist)

bertahun2 aku dan sang suami mencari rumah idaman yang sesuai dengan kemampuan kami, akhirnya Alhamdulillah tahun ni kemampuan kami untuk miliki Rumah Semi D 2 storey tercapai.

kami berdua tidak memikir panjang bila melihat show house Semi D 2 storey ini. aku sang suami sangat suka dan tertarik dengan keluasannya dan kami trus berjumpa banker untuk menyemak segala kelayakkan…

Alhamdulillah pinjaman perumahan untuk rumah ni lulus untuk nama sang suami sahaja..so guna satu nama jer dan tak perlu guna dua nama…nama sang suami..kata sang suami nanti nama aku beli lagi satu rumah pulak..(InsyaAllah)

Alhamdulillah, kami takder sebarang masalah yang besar dalam pembelian rumah ni,,Bersyukur sangat coz Allah S.W T permudahkan urusan permbelian rumah ini..

Rumah yang aku beli ni fasa 2, fasa 1 dijangka siap by March 2012 dan Fasa 2 akan siap pada June 2012..InsyaAllah sepertimana yang diberitahu,,..

Semoga lepas ni aku dimurahkan rezeki lagi…aminn

 06032011829 Ini lah rumah contohnya…sempat lagi aku snap..(macamni la rumah aku)

06032011142

Ini dalam rumah contoh…

Thursday, April 14, 2011

Minuman terbaik sepanjang zaman

Minuman apakah yang terbaik sepanjang zaman?

Sudah tentu susu ibu kan!

Selepas susu ibu, susu apakah yang terbaik?

Jawapannya ialah susu kambing

Apakah kelebihan susu kambing ni? Jom kita tgk dari dua sudut ni iaitu dari sudut Agama dan Saintifik

Dari sudut Agama

Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW,Diriwayatkan Nabi suka minum susu kambing.Sewaktu Nabi ISRA’ MIKRAJ’ kelangit, Nabi memilih susu kambing sebagai minuman.Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi keenderaan kita diSyurga nanti.Jadi jika anda beritizam dan beristiqomah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW,disamping itu tentu tinggi khasiatnya

Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggal2kan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari “Abu Ubaidah bin Atoq”Rasulallah SAW bersabda bermaksuk”Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggal2kan orang”.Olih itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Dari sudut saintifik

Susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu,susu lain juga baik untuk minuman cuma susu kambing ini terbaik selepas susu ibu,susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.

Kalau anda membuka website antarabangsa(international)berhubung kelebihan susu kambing..hampir 100% mengatakan bahawa susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu,ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan,malah lemaknya sama dgn susu ibu,protinnya sama dgn susu ibu,kandungan airnya sama dgn susu ibu….anda boleh melihat sendiri fakta2 tersebut didalam internet.Kebanyakan Vitamin yang ada dalam susu kambing tiada disusu lain kecuali susu ibu yang terbaik.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti:

Gastrik,Migrain,Lelah,Sengugut,Darah Tinggi,Masaalah penyakit kulit,Ulcer,Hepatitis A,Sakit kuning,Radang sendi,lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin,membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insya Allah) jika kita yakin dan tawakal.

Susu kambing kaya dengan Protin,Enzim,mineral,Vitamin2 dan berbagai lagi,faktor inilah yang diperlukan dalam kita merawat dan mencegah penyakit(Insya Allah).

(Ehsan dari G00GLE)

 

Oleh kerana susu kambing memang baik, sekarang ni macam2 produk susu kambing telah keluarkan. ada daam bentuk kapsul, ader dalam bentuk tablet dan ader yang keluarkan susu asli.

sememangnya aku and sang suami memang 2-2 suka minum susu..kat dalam fridge susu kotak mesti sentiasa ada la..biasanya susu low fat and full cream Ducth Lady la…

tapi bermulanya start minum susu kambing ni apabila sang suami terjumpa pengusaha susu kambing kat Masjid Puchong masa dier pegi solat Jumaat.

mulanya try dulu 4 botol..saja nak rasa keaslian susu kambing ni…bila dah try memang rasa asli dan masih bau skit kambingnya.

sebelum ni memang aku pernah minum susu kambing pun coz masa kecik2 dulu umah nenek aku kat kedah memang ader bela kambing and slalu la dapat minum kalau balik kampung.

so macam boleh rasa la juga susu tue asli ke atau ditambah air atau bahan lain kan…

so far susu yang sang suami aku belikan ni memang rasa asli.

Tapi Alhamdulillah, minum susu ni rasa badan sangat bertenaga dan tak cepat lapar. pastu rasa segar jer..(tak tau la kalau psikologi jer kan)

DSC08452satu botol = RM 5  

DSC08449  sila abaikan stock kat barisan bawah yer (uiii sepah nyer fridge aku),,,hehehehhe

disebabkan susu asli yang tiada bahan tambahan, maka kene simpan kat bahagian sejuk beku supaya tidak cepat rosak susunya..

macam susu ibu juga la..kalau dioerah banyak-banyak tuk stock baby, kene simpan kat bahagian sejuk beku supaya tak rosak.

DSC08453

Ini la stock susu kambing kami…ini tahan satu minggu jer

before pg kerja minum satu botol dulu…(biasanya minum masa breakfast)

Wednesday, April 13, 2011

Serai at Empire

Kepenatan pas test drive Kia Forte, aku and sang suami mula lah mencari tempat nak dinner dan melepak.

alang2 Glenmarie dekat ngan Subang, Empire la tempat yang dituju. ngeeee

semenjak dibuka, aku tak penah datang lagi la..ni la kali pertama datang. Best juga coz banyak butique best and tak crowd sangat.

sangat cozy n best nak shopping!

and banyak restaurant best…love Empire =)

rasa macam nak try semuanya tapi sabar……..sebab masih banyak masa untuk semua ni.

macam biasa hobi aku, setiap kali nak makan sure nak amik gambar…

nasib baik sang suami ni faham and layan jer peel si isteri ni..

yang bestnya bila dah sampai restaurant memana sure dier akan cakap, “ok sayang, abang dah ready!” hahhahahahah ready for camwhoring la…

 

100420111458

pos paling aku suka…kekekekek

 

100420111453love him sooooo much!   

 

100420111452

Serai Cafe

100420111460   Calamansi + Sirap Selasih

100420111463100420111465 Satay yang sangat BEST…

lembut + rasa semua rempah dan ratusnya

oH! fall in love with satay at SERAI CAFE

 

100420111469

Rendang Beef Penne

Ya ampun sedap gilerrrrr….rasa macam rendang my mom masak plak

pastu mula la rasa nak RAYA…adoiii!

Tuesday, April 12, 2011

Kereta Baru : Kia Forte @ Kia Koup

Again!

huh…aku paling tak suka memilih…

hari tue hal rumah, ini hal kereta pulak..

aku terkejut sebenarnya sang suami ajak test drive kereta baru…

Alhamdulillah katanya, rezeki tuk beli kereta baru…tapi masih belum cnfirm kereta apa sebenarnya nak beli.

Sang suami idamkan kereta Mazda dan Forte. So dier ajak test drive Forte dulu last sunday.

Tapi bila sampai sana berkenan pulak ngan K I A  K O U P…adoiii..sebab 2 2 best bagi  kami…

paling menyampah la nak choose which better for us ni!

10042011207test drive kat KIA Glenmarie..

kat Glenmarie semua keter ader kot, bukan Kia jer..Mazda, Proton, Porsche, Produa dan banyak lagi la..=)

Kalau rasa nak test drive keter, jom kita ke Glenmarie la

 

10042011203 Inilah KIA FORTE

 

10042011206 ini Random Picha …depan showroom KIA

frameless_door Kia_Koup_concept_rear

Kia-Forte-Koup-2 Kia-Koup-SX-R-_2-600x400 Ini lah KIA KOUP…Kredit to google

kat KIA Showroom ader juga tapi aku tak amik plak picha tue coz teruja sangat

Sporty and saya sangat suka (tapi 2 pintu plak tue)

nasib baik boleh cuba duduk and try2 features jer…ish kalau bleh test drive KOUP ni…mesti dah jadi beli kot.

So far kat KIA showroom dier boleh try Forte jer…=)

 

100420111451 10042011205

sempat lagi berpossing kat sini kan…hehehhe

nama pun camwhoring