.

.

Tuesday, June 25, 2013

Tahap Hazardous Kot!

Entry Memalam!

Hari ini sekolah seperti biasa… keluar jer dari rumah aku rasa aku tak bermaya nak tempuh jerebu ke sekolah.

Sesi persekolahn seperti biasa. Murid pulak almost 50% dari jumlahnya yang hadir. Untuk kelas aku hari ini hanya ada 3 kelas sahaja dan setiap kelas hanya ada 6-7 orang murid sahaja. How bad a number of my student!

Aku tahu faktor jerebu buat anak-anakku tak dapat hadir ke sekolah.

Semua murid dan guru di sarankan memakai mask. dan jerebu seolah2 tak tahu erti mahu pergi malah ingin mendiami bersama kami. Jarak penglihatan makin kabur dan mata mulai pedih. Aku sangat kesian tengok anak-anakku yang mengadu sesak nafas, pedih mata, sakit kepala and macam2 hal lagi!

Sekolah seperti biasa dan pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu bila cikgu sendiri yang tak mampu nak mengajar dek kerana mata pedih dan sakit tekak.

Masa senggang yang ada aku cuba tgk update terkini IPU tetapi tiada yang terkini dan hanya yang aku jumpa status pagi tadi. Rasa dah tahap hazardous kot kat sekolah aku ni.

Aku mulai rasa lega bila mendengar guruh berdentum, tapi malangnya kawasan sekolah aku tiada hujan yang turun!

Alhamdulillah bila hujan turun dengan lebatnya di kawasan lain berdasarkan laporan FB. Bila balik rumah juga aku dapat bau hujan yang baru berhenti. Syukur sangat!

Tapi kini, kepala aku dah start sakit dan mata dah merah. mungkin akibat jerebu. Aku berharap mentari akan muncul esok dan jerebu akan pergi meninggalkan kita. Amin.

 

Monday, June 24, 2013

Bad Haze Day

Assalamualaikum…

Salam Nisfu Syaaban.

Hari ni memasing semua update entry jerebu yang melanda Malaysia kan! Sampaikan sekolah di KL dan Selangor ditutup buat sementara waktu. Maka aku pun cuti.

hikhikhik..baru bangun tidor dikala mentari dah di atas kepala. Tapi kat rumah aku ni tak nampak matahari la. yang nampak hanya Jerebu. Ya Allah moga bencana jerebu ini akan berakhir dengan cepat…amin

So apa lagi ni golek2 atas katil sampai lupa diri la kan sebab cuti.

IMG_20130624_092025

Ok entry aku ni plak nak cerita apa aktiviti yang aku dan sang suami buat semalam. Semalam start jerebu yang sangat teruk kat kawasan rumah aku Puchong ni. Ya ampun, keluar jer rumah bau asap. Sampaikan baju aku sidai pun bau asap.

Sang suami ajak kuar jejalan and cari makan, tapi katanya makan kat tempat tertutup lah sebab jerebu kan. Sebab dah boring sangat berkurung kat rumah jer, we all decided keluar ke KL nak tgk teruk tak jerebu kat sana.

Hakikatnya memang teruk sangat. KLCC, KL tower, KL apa lagi? Semua dah tak nampak dah…adoiii la jerebu teruknya melanda Malaysia. Kami pun jejalan lagi sampai la ke AU 2 Keramat. Maka singgahlah JJ AU2 sebab tetiba aku teringin nak makan kat Madam Lim’s. Maklumlah dah lama tak makan kat sini.

Habis jer makan, jejalan sambil shopping skit kat JJ ni pastu balik rumah. Otw balik rumah tu, ramai2 la colleague aku dok sms, wassap, viber and call pasal status keesokkan harinya. So dapat pengesahan call dari pengetua bagitau esok cutiiiii….yeaaahhaaaa! heheheh

Tapi malangnya hari ini jerebu seakan bertambah teruk. Ku doakan agar bencana jerebu ini akan berakhir dengan segera dan hikmahnya aku pasti lepas ni kita manusia perlu hargai alam sekitar dan menjaganya.

webshare_1371973842784 Yesterday outfit

Simple in Pink!

 20130623_193847

at Madam Lim’s we ate Madam Lim’s Tomyam, Kong Pau Sotong, Lala masak apa ntah and sayur kailan..sorry lupa nama la

Madam Lim’s Tomyam ni minta junior jer, tapi gabak besar juga. Maka memang tak habis la kan untuk 2 orang makan. Macam biasa bungkus sudahhh

 20130623_19385720130621_154041

Laki bini yang kuat makan…so muka memasing dah booolaat!

Yang penting happy =)

Saturday, June 22, 2013

Berries Oat Smoothie Recipe

Ok entry pendek and ringkas di hari Sabtu. Someone has requested for berries oat smoothie yang aku slalu buat untuk breakfast.

Kalau tak silap aku dah publish entry recipe ni, tapi takper aku buat lagi skali untuk smoothie yang aku buat hari ini.

Recipe yang senang dan sedap dimakan,

3 biji strawberry
5 biji raspberry
8 biji blueberry
3 sudu oat (ikut keperluan, kalau nak lebih kenyang letak banyak2 skit)
2 sudu natural yogurt
1 sudu madu (boleh digantikan dengan pemanis lain juga)
1/2 cawan susu segar

Blend semua bahan ni and serve dalam gelas. Kemudian minum! Mesti kenyang sampai tengahari.

Ini lah Berries Oat Smoothie yang aku buat hari ini

Friday, June 21, 2013

Jalan-jalan cari makan di Johor Bahru

Bismillah…

Salam Jumaat kengkawan semua. Sekejap jer kan dan hamir penghujung minggu ini. Syukur Alhamdulillah masih diberi rezeki dan usia yang panjang serta kesihatan yang baik.  Sama-samalah kita mulakan hari Jumaat ini dengan penuh keberkatan.

Entry kali ini aku nak cerita pengalaman aku lagi masa nak cari makan kat JB last time. Sungguh aku nak cerita yang aku memang tak berapa nak bersemangat pergi JB kan masa tu sebab tu aku tak survey lansung pasal kat mana nak pergi, kat mana nak makan and kat mana tempat yang best kat JB.Sampai hotel pun aku tak amik tau! Nasib baik colleague sang suami yang buat semuanya.

We all stayed at Paragon Hotel, JB. Boleh tahan hotelnya! Dapat view yang cantik bilik kami. Memang best and selesa. Breakfast pepagi pun not bad makanannya.

Ok berbalik cerita jalan-jalan cari makan kat JB ni,kawan sang suami la yang punya idea. Malam pertama kami ke Senibong. Kat sana banyak sangat Seafood restaurant. we all pilih 6 Corner Seafood.

936733_10200795660270414_1356772774_n Tadaaaaaa…. Makanan yang kitorang order. Meriah tak? boleh masuk JJCM tak?

20130524_224229 20130524_224249 Ini namanya ketam apa ntah!

20130524_224338 Pilih ikan apa yang korang suka..

20130524_224705 lobster…udang kara

20130524_224709 sotong

20130524_224959 ketam

20130524_225313

acara sebelum makan ialah bergambar dulu…ini lah kawan sang suami and family yang survey semua tempat best. Thanks =)

20130524_225336  pasangan yang asyik ber ‘honeymoon’ jer

20130524_230615 sotong masak sambal

20130524_230652 kailan goreng biasa

20130524_230656 ketam blackpaper

20130524_230707udang butter

20130525_082846

Siakap Steam Limau

We all having semua ni 4 orang tau and harga semua makanan ni RM245. Ok ker? Bagi kitaorang ok kot sebab makan berempat kan!

…………………………………………………………………………..

Malam kedua pulak, kami dibawa makan di Restoran Singgah Selalu. restoren ni kat tepi jalan jer otw to Danga Bay. Wah meriah la kat sini. Macam2 ada. Cakap jer nak makan apa semua ada. Masakan Arab pun ada.

Kat sini we all pilih nak makan ala thai pulak.

20130525_233431

lagi gambar pasangan yang berangan nak masuk JJCM. ehehehehe

20130525_232627 20130525_232706Kerabu mangga

20130525_233034 taufo masak apa ntah..oppss lupa la

20130525_233110Butter prawn lagi 

20130525_233153

Daging rusa masak black paper

20130525_233148

Kailan ikan masin..ok satu lagi hidangan aku tertinggal iaitu tomyam seafood. Tomyam dia memang best la bagi lidah and tekak kitorang la.

Oh kat sini harganya ok la. Macam we all makan ni semua RM145 sahaja.  Mahal ke murah tepuk dada tanya wallet memasing la. Heheheh

Malam ketiga makan kat rumah sendiri. Heheheh. Apa2 pun memang pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat bercuti. Sangat best bersama orang yang kita sayang and selesa.

In sha Allah pas ni akan ku review pasal rumah baru. =)

Thursday, June 20, 2013

Michael Kors Jet Set Zip-Top Tote


Ooooo Eeeemmmmm Jeeeeeee!

Aku : Babe, aku mimpi bawa MK tote la..
Aku II : Haishhh ko ni kenapa sampai mimpi bawa MK tote ni?
Aku : Ntah la babe, aku mimpi tau bawa MK tote warna pink ok!
Aku II : Huh? Ishhhhh syaitan semua tu. Lupakan saja! Eh... bag macamana yang ko bawa tu? cantik tak?
Aku : Cantik babe, Michael Kors Jet Set Zip-Top Tote! Color pink! =)
Aku II : Istiqhfar banyak2 wahai diri!

Hahhahahah..conversation di atas antara aku dan diri aku.
Boleh pulak aku mimpi aku bawa handbag MK tote lagi. Wah!

Suku pun belum tabung aku ni, dah verangan nak beli handbag baru. Mampu kah? Kalau dari segi mampu tu in sha Allah mampu, tapi aku rasa banyak lagi nak guna duit aku ni! Tengok lah hujung2 tahun ni kot2 duit dari langit turun kan! Rezeki kita saper la yang tahu. Hehehhehe.

Ala bag tu bebila pun bole kan!

Dear Nafsu, 
Tolong la jangan menghasut aku untuk menghabiskan duit. Please!
Thanks

 

Fruits Salad for late lunch!

salam darlings...

wah entry di petang hari.. 
uoll mesti dah lunch kan.. aku ni baru nak lunch!
hari ini makan simple jer fruits salad with cheese sosej.

hari ini lambat skit lunch coz breakie lambat pagi tadi. 
lagipun banyak plak keje hari ni..nasib baik aku bawa bekal so ada lah makanan utk alas perut. ok.. makan dulu! 

ini lah menu lunch yang dibawa dari rumah.

Wednesday, June 19, 2013

Legoland, Johor

Alhamdulillah…

Syukur dah masuk pertengahan minggu hari ini. Hari Rabu 19 Jun 2013, dalam diary aku penuh hari ini dengan meeting. Adoi la…meeting memanjang!

Ok hari ini sebelum memulakan kerja dan meeting, aku nak update skit dalam blog aku pasal bercuti ke Legoland, Johor. Aku pasti sekiranya terdapat pembaca blog aku ni, mesti uoll dah pernah sampai ke sanakan. Cuma aku jer ot yang baru nak pegi.

Maklumlah orang masih belum ada anak, so takder la teruja sangat nak ke sana, lain lah dah ader anak and nak bawak anak2 jalan sambil bermain kan..(Hope my dream will come true)

Pengalaman aku ke Legoland, sangat tak teruja lansung. Mungkin mind set aku biasa2 jer legoland tu, maka biasa2 lah terjadi kepada aku kat sana. Aku and rombongan sampai di sana sekitar 10.30 pagi. Kitorang breakfast kat hotel dulu, then baru gerak ke Legoland.

Sampai jer kat sana, ya ampun ramainya manusia! beratur nak masuk pun amik masa lebih kurang 15 minit la. Pastu que untuk amik stroller utk anak kawan suami aku dah 15minit lagi. Kat dalam tu tak yah cerita la sangat ramai.

Kami memulakan perjalanan ikut map. sampai stesen Project X aku dan sang suami mula beratur coz nak naik roller coaster laju katanya. we all start beratur pukul 11.50 sampailah pukul 1.35 baru dpt naik! lama tak we all beratur? Haddddoiiiii menyesal tak ingat dunia la time tu… punya la ramai.

Habis jer kat bahagian tu we all pun start berjalan lagi. Bila nak main jer game yang ada kat sana, we all rasa menyampah bila terpaksa beratur panjang. Kesudahannya we all hanya jalan2 sambil bergambar jer la. Dah la panas terik satu hal..

Makanan dan minuman kat sana tak usah la tanya harganya. Memang berkali ganda mahal la kan! Aku beli coke and mineral water botol kecil RM7.00 ok. Hahhahaha…tapi nak makan pun beratur panjang juga..nak cari seat pun susah! See, how many people there?

Apa boleh buat dah datang masa cuti sekolah kan! What do u expect? Sebenarnya aku teringin nak main semua game yang ada kat sana, tapi memandangkan tak sanggup beratur tengah panas,dan lama menunggu maka ku biarkan niat dihati ini.

Maybe len kali kalau nak datang jangan cari waktu cuti sekolah yang semua orang nak bercuti kan! ok la…bas sekolah dah hon! (rumah sebelah anak dia nak gi sekolah). So aku tinggalkan entry ini dengan sekeping dua kenangan gambar aku at Legoland!

20130525_08504020130525_084632

get ready for Saturday!

P1040962

when this kid also have ‘sawan cermin’

20130525_104835P1040976

ramainya! eeee serik kot rasa

20130525_111245

pose wajib setiap yang datang =)

P1040973

my monster … i love u la!

P1040982P1040989

mommy and daddy

P1040986

baby Queensya

20130525_124511

menelaah map! Ya ampun besarnya Legoland

P1040997   P1050002

Ini lah satu-satunya game yang aku main kat sana…

P1050009

Beratur panjang yang amat!

P1050058 P1050059            P1050019 P1050022 P1050030 P1050034P1050033  P1050038 P1050044 P1050050 P1050055 P1050057P1050087       All objects were made from Lego20130525_131956

last skali beli souvenir. Sumpah mahal giler kot! Key chain pun paling murah aku jumpa RM12 kot! itu pun kecik jer… adoiii tapi aku beli keychain besar skit dengan harga RM19.90 satu. Fuhhh