.

.

Thursday, November 28, 2013

One Day To Go!

Satu hari jer lagi! Apa yang satu hari lagi? Mesti uolls ingat mak jemah nak pergi melancong kan! Haaaaaa....

Ini bukan kes nak melancong, tapi kes nak bercuti duduk diam2 kat rumah. Maklumlah cikgu sekolah yang lain dah 2 weeks bercuti, tapi aku belum lagi merasa cuti nya. Dah aku ni jaga exam SPM kan, so masih bekerja seperti biasa mengikut jadual exam. 

Tinggal satu hari je lagi aku nak bercuti. 2nd Dec ni adalah hari terakhir aku jaga exam. Yeayyyyy! 1 day to go babeh. lepas tu boleh la kemas rumah, deco rumah and lepak kat rumah puas2. Hahahhaha. Seronok kot! 

Erm tak sabar rasanya nak cuti-cuti satu Malaysia plak. Kalau last year aku ke Sabah, tapi tahun ni masih dalam plan. InshaAllah fly over the sea juga kot. Nanti aku update bila aku akan terbang k. 

Now nak golek2 dulu atas katil.Tak mo ingat kerja sekolah even masih banyak belum siap =)










Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday

Bangun pepagi dapat gambar ni. Rindu sangat la...
my niece





Friday, November 22, 2013

Short Holiday

Ok, kali ni nak share gambar bermalam di Mines Wellnes Hotel & Spa. Aku overnight kat sini pada 26th Oct lepas. Hanya 2 hari 1 malam jer la. 

Price : RM324.85 (lake view)

Hospitality : Ok la

Services : Ermmmm

Food : Delicious 

Environment : Cantik juga

Conclusion : Malas nak menaip panjang and nak review! Biar gambar berbicara


Ku sangka bilik ni akan dapat Lake View, sebab masa booking amik Lake View and harga di charge Lake View, tapi sebaliknya

mencari view tasik, tapi tak jumpa. Jumpa pokok jer.
Nak nikmati tasik, kene telengkan kepala then nampak tasik dicelahan pokok jer,

Back to 90's...hahhahahah. Lawak giler nak on tv kene masukkan jari dalam lubang tu. 


Selfieee katanya


View dari balcony lift yer bukan dari bilik.

Lebih kurang camni la view bilik aku, tapi lagi greeny la dari bilik aku.
Penuh pokok kot.

Ini lift nya

Breakfast time - Foods memang sedap


Pehal tu mak jemah oiii?

the view




Pasir putih tepi pantai..eh tepi tasik


ini la tasiknya

Ada cave!




Ok...jom balik! 






Wednesday, November 20, 2013

KVERT Fashion Show at Flamingo Hotel

Holla Guys...

Senyum di pagi hari sebelum memulakan hari.

Sempena hari Rabu yang indah ni, dah 3 hari cuti sekolah. Tapi aku, masih bekerja kerana aku dilantik menjadi pengawas SPM. Selagi exam SPM tak habis lagi, maka aku punya kerja belum selesai. Masih bekerja. Tak sabar nak cuti ni.

Bergambar di Red Carpet gitewww..

Ok, cerita last sunday, aku menghadiri satu event iaitu KVERT Fashion show. KVERT tu apa? Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga. Kvert ni lokasi nya di Setapak.

Fashion show ini berlokasi di Flamingo Hotel, Ampang. Ini macam 1st time kot aku ke Fashion Show. Maklumlah aku ni bukan retis yang selalu dapat jemputan untuk ke fashion show ni kan. Tapi bagi aku fashion show ni sangat sesuai buat aku as a ERT Teacher. Sekurangnya pengalaman yang aku ada ni boleh berkongsi dengan student.

Fashion show ni mempamerkan collection dari designer Malaysia seperti Syomir Izwa, Sazzy Falak, Rasta Rashid, Hazzerwan, Zen Chi, Arena Butik, Bon Zainal dan Datuk Zainuri. Seorang designer dari Thailand iaitu Whimsical juga turut mempamerkan koleksinya. Bukan calang-calang kan designer yang ada. Memandangkan penganjurnya KVERT maka kebanyakkan model-model adalah student KVERT sendiri.


List of designer 
The itinerary of event 

Salute la bebudak KVERT ni coz dorang ni dah macam model sebenar. Inilah kelebihan dorang yang belajar kat KVERT ni. Boleh berjumpa dengan designer, boleh bekerja dengan designer tersohor dan mendapat pendedahan yg awal dengan bidang peragaan. Best kan!

Aku jeles ngan kawan2 aku yang dapat posting kat KVERT ni. Macam2 dorang tahu. Dari yang zero pasal make up sampai la sekarang ni stylo milo ok. Sampai dah jadi MUA. Rezeki masing-masing kan! Apa pun advantage kat aku juga boleh belajar dengan dorang, free jer kan! Hehehheh

Jom tengok gambar aku dan girlfriends sekitar event tersebut =)

Bersama lecturers KVERT..dorang ni semua dulu DPLI ngan aku kat UPM.
Tahun lepas posting dorang dapat posting kat KVERT. 

Bersama BFF aku, Eida Hasrul. Ini cikgu ERT macam aku.

Tuan empunya blog

Our table

The Stage

The table

Buku Program

Syomir Izwa Collection...ampun gambar kurang best sebab guna hp jer.


Sazzy Falak Collection
Upacara Penutup

My Ladies...love them so much.

My crime partner, Hanis

Kak Tina, my best PR person

Personal pict with Syomir Izwa. He's very humble and aku tak sabar nak serbu Boutique dia ni.


Rupanya Syomir Izwa ni memang rapat dengan kengkawan aku ni dr KVERT. Almaklumlah Syomir ni dulu belajar kat KVERT kan.


Berpeluang bekenalan dengan Acik Rohayah yang sangat baik and friendly. 


Ini pula bersama Owner Shiseido Beauty kat Setapak.
Untungkan bila dapat tambah kenalan.