.

.

Thursday, February 27, 2014

Baking Rindu Dendam

Salam Khamis.

Baru update blog last monday, hari ini dah hari khamis. Cepatkan masa berlalu. Dah nak masuk pengakhiran minggu.

Semalam Cik Masz balik dari sekolah lambat coz on duty kene jaga bebudak Asrama prep. Dah macam warden kan Cik Masz. Cik Masz ni menurut perintah jer. Maka ku turutkan jua apa yang diarahkan.

Back to the entry tittle. Bunyi macam Cik Masz nak baking cake balik jer kan! Haaaaa ini baked rindu dendam namanya. Terliur tengok cake dari bakers cantik2. Maka Cik Masz pun baked Choc Cake tuk Birthday anak buah Cik Masz. Rupanya skill masih tajam, masih mendapat pujian sedap. Alhamdulillah.

Sebenarnya Cik Masz memang rindu nak baking macam dulu, tapi kerja hakiki Cik Masz sekarang ni adalah pendidik. Cik Masz tak nak abaikan tanggungjawab sebagai pendidik demi mencari duit lebih. Biarlah Cik Masz bersyukur dengan gaji yang dapat asalkan berkat mendidik dan laksanakan tanggungjawab terhadap anak bangsa.

Sekarang ni, Cik Masz akan baking kalau ada masa terluang la. So perhatianku hanya kerja hakiki. If korang mengidam dan teringin sangat nak try cake Cik Masz, bole PM la or wassap k. Jom la menjamu mata cake CIk Masz buat tuk anak buah =)


Choc Moist Cake with Ganache



Sempat juga masak 2 kampit meehun goreng

Ini anak buah terbaru Cik Masz

geramnya kat Arrisa ni

Anak2 buah

Happy Birthday Ana






Monday, February 24, 2014

Geng tak cukup corum

Salam Isnin semua...

Semalam update, tengahari ni upadate lagi. Cik Masz tak dapat update pagi sebab tadi ada appointment doktor. Shhhhh Cik Masz tak sakit, cuma berikhtiar untuk sesuatu. Doakan Cik Masz cepat2 dapat baby k =). 

Nak cerita juga pasal semalam. Semalam Cik Masz jumpa kesayangan Cik Masz. Lama tau tak jumpa. Last jumpa masa open house rumah Cik Masz. Gembira sangat dapat jumpa they all walaupun hanya bebarapa minit. Cik Masz jumpa kat wedding adik one of our Geng WJH 7900. Geng ni dulu top kat UPM, Kolej Kelima batch 2003-2006. Ahaks. 

Geng ni la tempat Cik Masz bermanja, berkongsi cerita sedih dan gembira. Sayang sangat kat dorang tau. Tapi semalam tak cukup korum since 2 orang lagi Kin and Killa tak dapat attend. So Cik Masz dapat jumpa Yong and Raihan jer. Apapun Cik Masz happy sangat sangat la dapat jumpa laga pipi. Heheheh..


Cik Masz sebelum ke wedding. Simple makeup by me
Nak tau simple make up guna apa?
Liquid Foundation by Revlon,
 Loose Powder from MAC,
Eyeshadow by Bodyshop
Eyebrow from Silkygirl
Eyeliner by Maybeline
Blusher from Bodyshop
Lipstick Matte Color Kinda Sexy by MAC

Oh Brooch tu from Stylista Talk

With Yong
Candid of Us

Yong, Masz and Aan. Lagi 2 orang tak cukup. I love u guys. Mwahhhh
Hope pas ni jumpa lagi k.

Ok Cik Masz nak masuk kelas dah. Nak mengajar anak2 ku.


Sunday, February 23, 2014

Namaku terukir di jari manisku

Assalamualaikum...

Memalam ahad ni nak update entry pulak! Ok sebenarnya aku nak bercerita pasal shopping online lagi ni. Haaaaa bab shopping memang serah kat CIk Masz kan!

Kali ni berani mati skit shopping. Selama ni dok shopping baju lah, shawls and accessory jer kan! Ini kali Cik Masz nak cerita yang Cik Masz beli EMAS 916 secara online. Naaahhhh haaaiiiii berani tak?

Ini bukan soal berani ke tak, tapi yakin sebab Cik Masz percaya itu emas 916. Ini kawan Cik Masz sebenarnya. FB dia The Color Of Emas, Instagram pun thecolorofemas. Cari la yer kalau nak tgk n jamu mata. Tapi paling best shopping kat sini barang kemas yang dijual dengan harga emas sahaja. Harga upah yellek (means tidak dikenakan harga upah). Best kan!


Cik Masz apa lagi terus costumade cincin nama Cik Masz. Biarlah diabadikan di tangan manisku. Ahaks. Oppss tapi harga cincin nama ni dikenakan upah sebab kita costumade katanya. So tak kisah la janji cantik and emas 916 plak tu, wahhhh gitew.

La, dah pukul 10.46pm dah, baju tak iron lagi ni. K la sampai bersua lagi (dah rupa rancangan masak-memasak kan)


Cantik tak? Jariku seperti berumur 60 an

cepat wassap The Color Of Emas 012-9162098
untuk tempahan









Thursday, February 20, 2014

Party with Faizul AF2013

Assalamualaikum, amboi Khamis dah datang! Senyum sokmo semuakan.

Cik Masz pun senyum juga sebab Sabtu ni tak sekolah, maka hari persekolahan hanya tinggal esok jer. Alhamdulillah Cik Masz sekarang bertambah busy dengan beberapa projek. Wah 'projek' gitu! Projek apa tu? Haaaa banyak projek setakat ni. Harap menjadilah strategi tuk projek Cik Masz dan bole lah masuk TV. Ahaks....

Ok2, melalut sangat dah Cik Masz ni. Sebenarnya nak cerita pasal Hi Tea party bersama Faizul AF2013. Cik Masz yang bole join ni sebab Faizul ni jiran Cik Masz. Jeles tak? Retis tau jiran i. Uoll nak tau Farid Kamil, Diana Danielle and anak dorang yang comel tu pun jiran i cuma dia duduk lorong lain la. Tapi Faizul ni memang jiran sebelah. Sebelum Cik Masz ke sekolah, dia tegur la Cik Masz kalau dia ada kat luar rumah! Heheheheheh

Hi tea bersama Faizul, di organize oleh jiran Cik Masz. Ini macam artis berjumpa peminat la. So dorang organized buat sesi bersama kawan2 and peminat dalam 20 orang camtu. Tampatnya pulak kat Quality Hotel Shah Alam. Start 2pm till 5pm. Awesome kot majlis ni walaupun kecil-kecilan. Food dia pun sedap, and bayar pun dalam RM44 seorang. Berbalaoi lagi bila Cik Masz dapat tambah kenalan, tambah contact and tambah costumer. Wah gitew kekdahnya tambah costumer. Berniaga apa Cik Masz? Hahhahahahah

Frankly speaking, Faizul seorang yang sangat simple and sangat peramah. Kelakar and pendek pun ia juga. Hahhahahah. Sorry pejol! Nama manja pejol. Nampak tak Cik Masz dah closed ngan dia sampai panggil dia nama manja. Hahahha..

Apa pun Cik Masz wish Faizul AF2013 akan terus berjaya dalam industri seni tanah air. Ingat pada yang Kuasa, pegang matlamat hidup, InshaAllah bole berjaya. Always down to earth =)

OOTD
Sateen Shawl by Fluer Malaysia
Top from Cotton On
Belt from Ministry of Retails
Skirt, bikin sendiri jer
Handbag from Coach
Shoes by Charles and Keith 

Nin dia gambaq Cik Masz & Faizul

Surprise Birthday Cake. Happy Birthday Boy

The Crowd 

Ni meja Cik Masz

Orang kuat majlis

Inilah penyanyi pujaan Cik Masz, Chakra Bugs

Lovely

Haaaaa ambik ko terkejut!

All the best Pejol

Ok dah la sampai sini. Cik Masz dah nak masak and nak siap pi sekolah dah. Nanti Cik Masz cerita lagi k.




Monday, February 17, 2014

Hi Tea Bersama Juara AF 2013 ~ Faizul

Salam Isnin 

How's your Sunday peeps? My last Sunday was wonderful dear.

My husband and I was attended Faizul AF2103 Hi Tea Party yesterday at Quality Hotel, Shah Alam. Walaupun nama hotel tak se'gah' mana2 hotel 5 bintang yang lain, tapi moment yang aku alami sangat best kat sana. 

Sekarang waktu Cik Masz buat revision utk sesi pembelajaran dalam pengajaran (pdp), maka Cik Masz tinggalkan korang dengan video nyanyian dari Faizul semalam. Next entry Cik Masz cerita lebih lanjut pasal ni k....Ok2 beserta dengan gambar skali. Banyak sangat gambarnya!

We will support Faizul 



Enjoy the video =)

Wednesday, February 12, 2014

Siapa Nabila AF 2013?

Salam Rabu,

Assalamualaikum...

Haaa...pernah dengar nama Nabila AF2013?

Peminat akademi fantasia sure tahu kan. Aku pun tahu sebab pernah ke Konsert AF 2013 kan. So aku noticed la si cantik manis ni. Aku kan Fan of Faizul AF2013 katanya. Heheheehe

Last week, aku ngan jiran sekepala aku ni jejalan kat Kuala Lumpur and tempat yang dituju adalah Kamdar KL sebab nak cari kain katanya. Sebenarnya nak ushar2 jer dulu kain best nak buat baju raya, tapi tersasar. Hahahahhaha... biasala kan, lain plan lain beli!

Tak sangka pulak sedang syok2 naik syeikh nak cari kain, tetiba Nana, ditegur oleh Mak Nabila AF2013. Aku memula cam kenal jer rasa. Bila di recall balik, yes i got it! Aku pernah tengok mak dia ni dalam TV. Haaa kelas tak kawan2 retisssss! Heheheheh

Nabila ni tinggi and sweet orangnya. Dia juga baik and peramah juga. So far dengar cerita dari Faizul, Nabila ni sangat baik orangnya.

Tinggi la dia =)

Aku paling pendek

Bersama Jiran tetangga!



Tuesday, February 11, 2014

Jiran Sekepala

Assalamualaikum...

Hot hot hot day la sekarang kan! Sampai aku rasa sampai nak berdarah hidung. Ahaks. Uolls aku nak cerita ni, semalam aku tertido kat bilik jahitan. Pastu nasib baik la student aku kejutkan aku dengan ketuk pintu bilik jahitan sekuat mungkin. Nampak tak kat situ Cik Masz ngantuk sangat. 

Cik Masz ni semalam bangun awal, pastu pegi klinik menunggu setengah hari kat klinik tu pastu trus ke sekolah pulak. Loteh la hai, +++ mengantuk plak tu. Hish nasib baik la terbangun juga masa student dok ketuk pintu. Kalau la student tak ketuk pintu mau tertido sampai malam...

Ok2 sekrang Cik Masz dah rajin skit nak cerita ceriti hidup Cik Masz yang serba serabut sekarang ni. Serabut kerja and serabut dengan skin juga. Nanti Cik Masz sambung cerita pasal KULIT yer. Pssstttt my skin getting worse nowdays! uhuks

Cik Masz happy tau sekarang ni hidup dalam kejiranan yang best. Alhamdulillah. Hope ia kekal hingga akhir hayat. Dapat plak jiran yang always perihatin and tak lokek membantu. Pendek kata CIk Masz sayang ketat2 la dorang ni.

Bila dapat plak jiran yang sekepala, lagi la CIk Masz suka! Suka suki tau ada geng kan. Hehehehe. Ini nak cerita pasal lepak chill (bak kata org muda ) dengan jiran kiri Cik Masz. Kisahnya malam CNY, we all plak sesama nak tgk wayang citer Robocop.  Tgk kat TGV SetiaWalk. Tau tak uolls? Setia Walk tu kat Puchong jer. Oposite Tesco Puchong. Happening gak tau uolls.

So kami pun carpool dari rumah satu keter jer. Jiran offered nak kete dorang. Weolls kan dinner kat Little Pantry IOI Mall Puchong dulu. Lepas memasing kekenyangan, trus ke Setia Walk. Walaupun nama Setia Walk, tapi dari IOI Mall tu kene naik kete juga.

Sampai kat Setia Walk agak awal, so jejalan la round Setia Walk tu. Mak dato', Cik Masz rasa macam dah sampai Shanghai kot. Decoration dorang memang totally utk CNY la. Fuhhhhh merah jer mata sebab semua tempat warna merah and lampu pun merah. Memang Cik Masz rasa dok Shanghai la.

Pastu dah ponat berjalan, kitorg naik ke Tanjung Golden Village (TGV), tuk beli popcorn. After few minutes, kami pun masuk panggung (cinema). Ahaks review skit pasal ROBOCOP ni. Sorry Cik Masz rasa boring and menguap berkali-kali, walaupun jiran Cik Masz cakap sedih, and husband Cik Masz pula cakap ROBOCOP ni tak gagah macam dulu. Hahahhahah...whatever bagi Cik Masz ngantuk jer masuk cinema. 

Ok la. Nak buat kerja sekolah dah ni. Esok anak2 Cik Masz nak nuntut ilmu. Cik Masz kene bersedia dengan ilmu didada supaya ilmu disampaikan dengan penuh ikhlas. Semoga anak2 Cik Masz akan practice ilmu Cik Masz ni. Ameeennnnn....




Jiran Cik Masz ni keje Stewardess tau. Laki Bini keje Flight Attendant  
Double date :)

My Other Half

Yang kat belakang skali tu sepupu jiran. Dia pun baik juga sebab dia juga stay ngan jiran Cik Masz

Ini kat Setia Walk

Kekonon Classic

Masih di Malaysia 





Our camerawoman 




Monday, February 10, 2014

Maggie Udang


Isnin, Senin, Monday Blues katanya.

Tengahari begini, sedapnya dapat makan Maggie Udang ni. Heheheheh kisah throwback la ni. Ini lunch aku masa last Monday. Last week kan masih cuti CNY, so bila sesorang, maka lunch pun ala kadar kekdahnya.

Udang ni, kirim kat my jiran yang balik Sabah bah. Dapat udang besar gabak camni memang puas hati. Dapat 7 ekor dengan harga RM50...fuhhhhh marbeles kot! Tapi isi dia sedap and masih manis. Takder la keras dan tawar seperti yang aku baca review pasal udang besar ni. Tapi maaf ya aku tak tau nama udang ni.

Jom menjamu mata jer sambil telan air liur.



Saturday, February 8, 2014

Tetamu

Happy Saturday,

Hati ni meronta-ronta nak update blog, tapi masa pulak asyik tak cukup jer nak duduk depan lappy lelama. Takder smartphone ke kak nak update blog? Smartphone bukan takder tapi dah ada 3 dah skrg, puas hati! Hehehhehe tapi aku lebih suka menaip kat keyboard ni coz i want feel it! Chewwaaah.

Ini kisah tahun baru 2014. Orang kata, tetamu yang datang membawa rezeki. Yes, agreed. Kekadang kita tak sedar tetamu yang datang membawa rezeki. Rezeki ni banyak cabangnya. Bukan sekadar duit, tapi macam2 bole dikategorikan sebagai rezeki. So jangan la kita rasa tetamu yg datang itu menyusahkan.=)

Cerita kisah tetamu dalam Januari lepas, rumah aku agak meriah dikunjungi rakan dan jiran. Alhamdulillah, walaupun rumah tak secantik dan semewah mana, tapi masih ada yang sudi datang. Rumahku sentiasa terbuka untuk tetamu yang ku kenali, tapi please go away from my house if u r not my guest.

Kawan sang suami teringin nak makan Nasi Beriani, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah. Permintaan mereka bukan sahaja nak makan, tapi nak juga hasil air tangan sang suami! Ahaks...lega la si isteri tak payah masak kan. So sang suami memang dengan hati terbuka masak untuk kawan2. Aku hanya membantu jer apa yang patut.

Malam AJL 2013, jiran sebelah datang dinner kat rumah. Termasuklah Faizul AF2013. Wah meriah la malam tu. Riuh juga rumah aku bila penyanyi yang disukai menang AJL. Terasa keseronokkan berganda sebab sebelum ni aku tgk berdua jer. Tapi bila reramai lepak bersama, best pulak kan!

Apapun, kawan2ku, seandainya sudi bertandang ke rumahku, jemput la. Saya boleh masakan apa2 yang patut. Saya ni tak pandai sangat masak. Sekadar masak campak2 jer.

Hasil air tangan sang suami.



Baby Queensya yang kuat menangis =)

Tetamu yang datang, wife Iman Yau.
A day before AJL 2013, Sang suami with Mr. Ben
Malam AJL 2013